Ustaz Ebit Lew Sumbang 100 Tangki Air Untuk Orang Tawau Yang Memerlukan.

Alhamdulillah, hari ini Ustaz Ebit Lew teruskan sumbangan nya di daerah tawau selepas sebelum ini memberi sumbangan di beberapa daerah seperti lahad datu, semporna dan kunak.

Hari ini Ustaz Ebit Memberi Sumbangan 100 tangki air untuk orang tawau yang memerlukannya.

Doakan ya. Baru beli 100 tangki air ingin hadiahkan pada yang memerlukan di Tawau. Buat yang benar-benar memerlukan boleh hubungi 0167435052.. Semoga menjadi asbab kebaikan.

-ebit lew

Sebelum itu Ustaz Ebit Lew Singgah di IPD Tawau dan Hospital Tawau untuk memberi sedikit sumbangan.

Pagi ini ziarah IPD Tawau dan Hospital Tawau hantar sedikit bantuan dan beri kata semangat. Mereka pejuang kita semua. Dari awal sampai saya ziarah IPD Tawau, IPD Kunak, IPD Lahad Datu, IPD Semporna. Begitu juga Hospital di semua daerah. Semua baik mesra dan minta doa. Hampir setiap IPD, OCPD akan kata Ketua Polis Sabah sampaikan salam pada ustaz dan ucap terima kasih datang Sabah.

-ebit lew