TMJ Sumbang RM200 Ribu Kepada Ustaz Ebit Lew

Baru-baru ini netizen dikejutkan apabila Kembara Ustaz Ebit Lew di pulau-pulau Semporna, Sabah terpaksa dibatalkan akibat ancaman yang diberikan oleh beberapa pihak.

Kenyataan berikut diberikan oleh Ustaz Ebit Lew melalui akaun Facebook rasmi beliau.

Bantuan Kerajaan : Cara Mohon Laptop dan Internet Percuma Untuk Golongan B40



Pada 5 Februari, Ebit Lew menyiarkan perjumpaan beliau bersama DYMM Tengku Mahkota Johor di laman rasmi Facebooknya.

Beliau berkata sangat terharu dapat mengadap DYMM TMJ selepas pengembaraannya di negeri Sabah.

Bukan itu sahaja, DYMM TMJ turut menghadiahkan wang berjumlah RM200 ribu untuk melanjutkan misi Ebit Lew membantu rakyat yang dalam kesusahan dan akan menaja semua pasukannya pergi umrah.

“Tuanku hadiahkan Rm200 ribu ringgit bagi misi saya. Tuanku juga ingin Taja semua team saya pergi umrah. InsyaAllah akan bersama Tuanku dalam Kembara Johor.”



Ebit Lew turut menyifatkan DYMM TMJ merupakan seorang kerabat raja yang prihatin terhadap rakyat jelata terutamanya rakyat di dalam naugan negeri Johor.

“Ya Allah TMJ sangat baik. Raja yang kuat memikirkan keadaan rakyat Johor dan seluruh Malaysia. Tadi panjang berbual berbincang bagaimana nak bantu orang susah dan menjaga agama Islam. Mendidik anak muda. Naikkan institusi pendidikan.”

“Saya malu sangat. Serius terharu terkesan akhlak dan sifat TMJ. Bayangkan dilayan macam kawan jer. Sedangkan saya cuma orang biasa. Dari awal lagi masa beri bantuan Tuanku selalu beri semangat pada saya. Kami selalu bermesej juga.”

DYMM TMJ turut menasihati Ebit Lew agar meneruskan niat beliau untuk membantu orang lain walaupun menerima pelbagai kecaman dan halangan.



“Kata beliau paling berharga, ustaz teruskan kebaikan ini walau orang tak suka. Kita hidup bukan untuk popular tapi berjaya. Bantu rakyat. Sedangkan usaha saya ini amat kecil dibandingkan usaha TMJ. RAJA JOHOR.”

Ebit Lew yang terkenal dengan kerja-kerja kebajikan sering bergerak di serata lokasi untuk menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan tanpa mengira latar belakang kaum atau agama.

Berminat dapatkan info menarik? Join grup Telegram kami.