Tips: Cara Mudah Buat Artikel Tanpa Perlu Menaip Menggunakan Google Docs

Bayangkan anda diberikan tugasan untuk menaip semula sebuah artikel 10 muka surat yang sedia ada, tak ke penat tu? Kemungkinan masa yang diambil lebih 3-4 hari. Itu pun kalau anda berikan sepenuh masa terhadap tugasan tersebut.

Tapi, anda mungkin tak percaya yang anda boleh selesaikan tugasan itu dalam masa sehari!



Ajaib kan? Bagaimana nak buat? Mudah saja. Ikuti langkah yang kami tunjukkan di bawah ini.

Bagi memulakan cara ini, anda perlu membuat carian di google.com dengan memasukkan kata kunci “Google Docs”. Kemudian tekan link tersebut seperti didalam gambar berikut.

Langkah Pertama

Setelah anda menekan link tersebut, anda akan terus dibawa ke menu utama Google DocsDi menu utama tersebut anda perlu create dokumen baru dengan menekan blank document untuk memulakan tulisan anda.

Langkah Kedua

Kemudian, di bahagian atas halaman tersebut, anda perlu menekan atau halakan mouse cursor anda ke arah Tools yang terdapat pada menu tab tersebut.

Langkah Ketiga

Setelah anda halakan mouse cursor anda ke bahagian Toolssebuah drop-down menu akan keluar. Anda perlu menekan di bahagian Voice typing atau gunakan shortcut Ctrl+Shift+S untuk memulakan voice typing ataupun menaip menggunakan suara secara automatik.

Langkah Keempat

Sebuah kotak microfon akan muncul. Sebelum anda memulakan tulisan, anda perlu memilih bahasa mengikut bahasa artikel yang anda perlu buat. Apabila selesai memilih bahasa, barulah anda tekan logo mikrofon tersebut untuk memulakan voice typing. Anda hanya perlu bercakap dengan jelas dan terang dihadapan mikrofon komputer anda, kemudian secara automatik Google Docs akan menaip dengan sendiri.

Sebelum anda selesaikan artikel, perlu diingatkan supaya memeriksa semula artikel itu agar tiada kesalahan ayat kerana komputer juga seperti manusia, sentiasa melakukan kesalahan. 😀

Sekiranya anda merasa berpuas hati dengan artikel ini, jangan malu dan segan untuk kongsikan kepada rakan-rakan anda agar kita semua mendapat manfaatnya. Jangan lupa juga komen dibawah agar kami boleh memperbaiki lagi tulisan kami. Terima kasih 🙂