Tahukah anda? Selepas ini, anda tidak perlu lagi beratur panjang dan menunggu lama di pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk berurusan.
Semakan Kerja berbesar hati untuk berkongsi perkara yang perlu anda lakukan sebelum berurusan di pejabat KWSP seperti membuka i-Akaun, kemaskini maklumat peribadi dan lain-lain hal.
Apa yang perlu anda lakukan adalah membuat JANJI TEMU ONLINE melalui laman rasmi https://www.kwsp.gov.my. Kemudian ikut langkah berikut :
- Selepas melawat laman KWSP, cari Janji Temu Online di bahagian Semua Tentang KWSP, atau tekan link ini https://www.kwsp.gov.my/ms/janjitemu
- Kemudian Pilih Negeri dan Cawangan berdekatan dengan anda. Pastikan peta lokasi tersebut mudah dilawati, klik “Seterusnya”
- Di bahagian Pemilihan Janji Temu, pilih jenis urusan yang anda ingin
- Pilih tarikh dan masa yang sesuai untuk Janji Temu, tekan pilih Slot selepas memilih tarikh dan masa
- Kemudian masukkan maklumat peribadi (pastikan maklumat adalah benar). Tick dibahagian Setuju terima SMS dan Perakuan Pemohon.
- Tekan Buat Janji Temu
- Di bahagian “Pengesahan”, pastikan anda menyimpan maklumat Janji Temu tersebut bagi rujukan pada hari Janji Temu.
- Selesai.
Baca juga, Portal Rasmi i-Sinar KWSP Yang Terbaru Telah Dikemaskini
PERINGATAN
Pastikan anda mendaftar masuk (check-in) dengan mengimbas kod QR menggunakan aplikasi MySejahtera sebelum memasuki premis KWSP bagi mematuhi Standard Operation Procedure (SOP).
Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda.