Yayasan YTL Foundation dengan kerjasama YES dan FrogAsia ini menyalurkan sumbangan Telefon Bimbit secara percuma kepada keluarga B40 yang mempunyai anak yang belajar di sekolah kerajaan di Malaysia untuk memudahkan pembelajaran dari rumah.
Realitinya, bukan semua murid sekolah dapat menikmati pembelajaran dari rumah kerana ada dalam kalangan mereka tidak mampu untuk memiliki telefon bimbit.
Sebelum ini, Yayasan YTL teleh memberi simkad dan data interment 40GB secara percuma. Oleh yang demikian bersama-sama kita menjaga keselamatan anak-anak dan terus memberi kemudahan dalam Pengajaran dan Pembelajaran.
Yayasan YTL menggesa individu yang mengenali pelajar yang tidak dapat mengikuti pembelajaran atas talian kerana tidak mempunyai alat peranti agar meminta pelajar tersebut membuat permohonan bantuan ini.
Cara Memohon :
*Pelajar tersebut merupakan keluarga B40 dan melampirkan maklumat berikut dengan kebenaran ibu bapa :
- Nombor Mykad/Mykid pelajar
- Nombor Mykad ibubapa
- Status B40 ibubapa daripada portal Bantuan Prihatin Nasional (BPN)
Noor Arlina bte Arif
Ramat Bin Ali