Teguran PADU Yusuf Azmi Kepada Long Tiger!!
Assalamualaikum kepada Long Tiger..
Saya harap awak mempunyai nama yang sebenar..
Nama yang diberikan oleh ibu dan ayah dengan doa..
Sebaiknya menggunakan nama yang ibu dan ayah berikan tu..
Pertama tahniah di atas segala kebaikan yang pernah melakukan dalam membantu sesama manusia selama ni..
Saya cuma nak nasihatkan apa sahaja awak lakukan jangan terlalu mencabar orang sana sini.
Gunakkan kebijaksanaan fikiran kita dalam segala urusan..
Tidak perlu bertelingkah sesama islam..
Kalau ada tidak berkenan dan berpuas hati..
Berhubung dan buat perjumpaan tertutup dan selesaikan masalah secara baik..
Jangan sampai menunjukkan imej islam buruk dihadapan orang awam.
Gunakan media sosial tempat memberikan input yang baik..
Berikan nasihat yang baik..
Tunjukkan imej yang baik..
Malu pada orang bukan islam melihat ini sikap dan akhlak umat islam..
Saya tahu awak kuat boleh perang sana sini..
Boleh bergaduh satu lawan satu..
Adakah ini akhlak yang Baginda Rasulullah s.a.w ingin kita perlihatkan pada umat manusia??
Satu lagi saya nak berpesan memang baginda Rasulullah s.a.w bukan melayu..
Tapi kita umat islam dari seluruh dunia harus menunjukkan sikap merendah diri pada sesiapa pun kita berhadapan..
Pesanan saya jangan ajak orang sana sini perang perang..
Nak kutip orang sana sini..
Biar kita mati bermaruah dalam menengakkan islam..
Bukan mati disebabkan kelemahan diri kita..
Dengarkan bisikan iman..
Jangan dengar bisikan syaitan..
Saya ni bukan orang perang sana sini..
Belajar dari sirah nabi..
Bagaimana dan bila keperluan untuk berperang..
Berjalanlah menunduk ke tanah dan jangan mendongak ke langit..
Yusuf Azmi
Aktivis
SUMBER : FB YUSUF AZMI