Tawau 3 Hari Berturut-Turut Tiada Kes Baharu Positif Covid-19

TAWAU : Tiada kes baru positif COVID 19 di rekodkan di Tawau untuk tiga hari berturut-turut dengan jumlah terkumpul 81 kes.

Pesakit Covid 19 yang telah sembuh bertambah sebanyak 7 kes, dengan itu jumlah kes yang sembuh kini berjumlah 58 kes.

Manakala kes yang masih di rawat adalah 22 kes.

Jumlah kematian di Tawau juga masih kekal dengan 1 kes tanpa sebarang penambahan setakat ini.

Alhamdulillah dan tahniah untuk daerah Tawau keluar dari Zone Merah.

Kekal di rumah, amalkan jarak sosial yang selamat, jaga kebersihan diri secara optimum dan kerap mencuci tangan dengan sabun.

Rakyat Malaysia perlu terus patuh arahan PKP. Walaupun kes baharu jangkitan COVID-19 menunjukkan penurunan. Jangan terlalu selesa dan abaikan PKP.- (MKN)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *