Umum mengetahui, permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR 2021) kini masih dibuka sehingga 15 Februari ini.
Baca artikel berkaitan : Cara Permohonan dan Kemaskini BPR
Justeru, bayaran kelulusan permohonan Bantuan Prihatin Rakyat dijangka akan dibuat dalam 2 fasa.
Menurut sumber rasmi, bayaran Fasa Pertama akan dibayar mulai penghujung Februari 2021 secara berperingkat.
Penerima bayaran Fasa Pertama BPR 2021
Bayaran Fasa Pertama BPR 2021 akan diterima oleh penerima lulus sedia ada BSH 2020 / BPN 2.0 termasuk rayuan dengan pendapatan isi rumah terhad RM5,000 dan pendapatan bujang terhad RM2,000.
Jumlah bayaran Fasa Pertama BPR 2021
Bayaran Fasa Pertama yang akan diterima adalah seperti berikut:
Kategori Isi Rumah | RM300 |
Individu Bujang berumur 21 tahun – 59 tahun / OKU berumur 18 tahun – 59 tahun |
RM150 |
Kaedah bayaran Fasa Pertama BPR 2021
Pembayaran Fasa Pertama adalah seperti berikut:
- Berjaya kredit ke akaun bank.
Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima yang lulus dan berjaya kredit BSH 2020 / BPN 2.0 termasuk rayuan. - Tunai di Kaunter BSN
Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya pembayaran terakhir BSH 2020 / BPN 2.0 adalah secara tunai.
Pemohon yang gagal pada pembayaran Fasa Pertama BPR boleh membuat Permohonan Baharu / Kemas Kini BPR 2021. Permohonan Baharu / Kemas Kini BPR 2021 boleh dibuat mulai 15 Januari 2021 hingga 15 Februari 2021.
Anda boleh membuat semakan dan kemaskini maklumat di portal rasmi https://bpr.hasil.gov.my
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila tekan pautan berikut https://bpr.hasil.gov.my/Download/Faq/BPR2021(FAQ)BayaranFasaPertama.pdf
Berminat dapatkan info menarik? Join grup telegram kami.