Tarikh rasmi bayaran Bantuan Prihatin Nasional Fasa Kedua ( BPN 2.0 Fasa 2) akan dibuat pada Januari 2021, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Manakala bagi penerima BPN 2.0 yang tidak mempunyai akaun bank, penunaian telahpun mula disediakan di cawangan Bank Simpanan Nasional sejak 26 Oktober 2020.
Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional Fasa Kedua ( BPN 2.0 Fasa 2) juga akan dibuat beserta dengan bayaran kepada permohonan baharu dan rayuan yang lulus.
Untuk makluman, tempoh permohonan baharu serta rayuan BPN 2.0 telah berakhir pada 15 November 2020 lalu.
Baca juga, Cara Mohon Bantuan Khas COVID-19 — RM100 Sehari
Baca juga, Cara Mohon Bantuan Kanak-kanak JKM RM200, Maksimum RM1,000
Cara Semakan BPN 2.0 Fasa Kedua
Semakan kelulusan BPN 2.0 bagi yang membuat rayuan boleh dibuat di portal rasmi Bantuan Prihatin Nasional.
Sila ikuti langkah beirkut untuk membuat semakan:
- Layari laman web BPN di bpn.hasil.gov.my.
- Masukkan nombor IC anda
- Isi kod captcha yang diminta
- Maklumat pembayaran BPN 2.0 akan dipaparkan
Jumlah Bayaran BPN 2.0
Untuk Makluman Bantuan Prihatin 2.0 ini, kerajaan akan memberikan RM 300-RM 1,000 kepada penerima yang layak seperti berikut :
Kumpulan B40
- Isi Rumah RM 1000
- Bujang RM 500
Kumpulan M40
- Isi Rumah RM 600
- Bujang RM 300
Bayaran BPN 2.0 fasa kedua berjumlah RM 2.2 bilion dan akan dibuat dalam dua ansuran, iaitu pada hujung Oktober dan keduanya, pada Januari 2021.
Bagi golongan B40, bayaran ansuran pertama pada Oktober sebanyak RM700 dan keduanya, (baki) RM300 pada Januari 2021.
Bayaran BPN 2.0 fasa kedua berjumlah RM 2.2 bilion.
Maklumat Lanjut
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut tentang semakan BPN, sila hubungi Hotline Kementerian Kewangan Malaysia atau LHDNM di talian berikut:
- Kementerian Kewangan Malaysia:
- 03-8882 9089 / 03-8882 9087 / 03-8882 9191 / 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- LHDNM
- 1-800 882 747 / 03-8911 1000