Tarikh Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR 2021)

Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) adalah bantuan kewangan daripada kerajaan Malaysia bagi menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH) yang diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2021.

Antara perkara yang diumumkan semasa pembentangan tersebut adalah :

  • Ianya memanfaatkan 8.1 juta orang.
  • Jumlah yang diperuntukkan adalah sebanyak RM6.5 bilion.

Baca juga, [RASMI] RM100 One-Off Kredit e-Wallet Kepada Semua Belia 18 Tahun Ke Atas
Baca juga, BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP) RM 100 ONE-OFF



Jumlah Bayaran BPR 2021

Jumlah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan status kelayakan adalah seperti berikut :

GOLONGAN JUMLAH BANTUAN
ISI RUMAH PENDAPATAN KURANG RM2500 (ANAK 0-1 ORANG) RM1200
ISI RUMAH PENDAPATAN KURANG DARI RM2500 (ANAK 2 ORANG ATAU LEBIH) RM1800
ISI RUMAH PENDAPATAN RM2501 – RM4000 (ANAK 0-1 ORANG) RM800
ISI RUMAH PENDAPATAN RM2501 – RM4000 (ANAK 2 ORANG ATAU LEBIH) RM1200
ISI RUMAH PENDAPATAN RM4000 – RM5000 (ANAK 0-1 ORANG) RM500
ISI RUMAH PENDAPATAN RM4000 – RM5000 (ANAK 2 ORANG ATAU LEBIH) RM750
BUJANG PENDAPATAN RM2500 KE BAWAH (BERUMUR 21 TAHUN KE ATAS) RM350

 

Perbezaan BSH dan BPR

Berikut ialah rajah yang menunjukkan perbezaan di antara BSH dan BPR dan juga jenis pendapatan dan jumlah bantuan yang layak diperolehi :

bpr

Tarikh Pembayaran BPR 2021

Pembayaran akan dilaksanakan sebelum Aidilfitri 2021 iaitu pada Mei 2021.

Tarikh Permohonan

Menurut sumber, pendaftaran baharu Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan dibuka sebelum hujung Januari 2021, kata Pengarah Belanjawan Negara Johan Mahmood Merican.

Ini bagi memberi peluang kepada mereka yang layak tetapi belum mendaftar untuk memohon BPR.

Cara Mohon Bantuan Prihatin Rakyat

Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR 2021) dijangka akan dibuka melalui sebuah portal rasmi yang akan dibangunkan khusus untuk BPR. Namun, sampai pada waktu ini, pihak kerajaan belum mengumumkan portal rasmi tersebut.

Kami akan kemaskini dari masa ke semasa mengenai pengumuman Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Berikut adalah maklumat yang diperlukan semasa membuat permohonan :

  • Nama
  • Nombor Kad Pengenalan
  • Status perkahwinan
  • Bilangan anak (sekiranya sudah berkahwin)
  • Nama dan nombor akaun bank yang aktif
  • Individu yang lulus permohonan BSH dan BPN dan ingin memohon BPR, anda tidak perlu membuat permohonan baharu kerana maklumat akan diperolehi melalui pangkalan data BSH sebelum ini.



Semakan Bantuan Prihatin Rakyat

Semakan belum boleh dibuat kerana belum ada portal rasmi yang dibina oleh LHDN. Kami akan mengemaskini secepat mungkin sekiranya terdapat pautan untuk anda membuat semakan.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari portal rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri di http://www.hasil.gov.my/