Terima kasih kepada Pembahas Utama Datuk Seri Najib Razak yang mewakili Ahli-Ahli Parlimen BARISAN NASIONAL yang bersungguh-sungguh memperjuangkan suara hati rakyat yang benar-benar mengharapkan agar Kerajaan menimbang semula beberapa keputusan Belanjawan 2021.
Antara isu yang diperjuangkan oleh beliau adalah seperti di bawah :
- Kebenaran Pengeluaran Akaun 1 KWSP
– Datuk Seri Najib bukan sahaja menegaskan keperluan Kerajaan mengkaji semula untuk rakyat mengeluarkan WANG MEREKA dalam Akaun 1 KWSP secara one-off dengan kadar maksimum RM10,000 bukannya beransur-ansur RM500 sebulan dan terhad kepada mereka yang hilang pekerjaan. Bahkan dibenarkan dikeluarkan oleh semua yang terkesan termasuk M40 secara pukal kerana tidak akan menjejaskan Belanjawan, malah 3 cadangan dibuat untuk menampung kekurangan dana KWSP. - Moratorium dilanjutkan selama 6 bulan secara pukal kepada semua peminjam di bank-bank termasuk juga bagi peminjam AMANAH IKHTIAR MALAYSIA dan TEKUN. Ini tidak menjejaskan keuntungan bank-bank yang masih boleh menjana keuntungan. Menariknya dalam hujah beliau “Kalau PKPB boleh dilanjutkan, takkan Moratorium tidak boleh dilanjutkan”.
- Yuran Pengajian universiti dikurangkan dan plan data internet untuk pelajar-pelajar universiti awam dan swasta di berikan percuma.
- Bantuan Prihatin dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM2,000
- Bantuan Prihatin untuk Golongan Bujang juga dinaikkan sebagaimana BR1M dulu daripada RM350 kepada RM600
- Tiada keperluan untuk Peruntukan JASA ketika ini. Sebaliknya RM81 juta dicadangkan untuk ditambah peralatan sanitizer, penutup muka bahkan menambahkan peruntukan Rancangan Makanan Tambahan kepada pelajar-pelajar sekolah yang ramai terkesan dengan kegawatan ekonomi akibat Covid-19.
Banyak lagi cadangan-cadangan yang baik, praktikal dan relevan dicadangkan oleh Pengerusi BNBBC yang diharapkan dapat pertimbangan serius oleh kerajaan hari ini.