Status BPN “PERMOHONAN DITERIMA” Ini Sebabnya!!

Anda masih tertanya-tanya tentang status permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang memaparkan “PERMOHONAN DITERIMA” sejak permohonan di buat. Status tersebut akan dipaparkan setelah individu itu menyemak atau log in di laman web rasmi : https://bpn.hasil.gov.my/

Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) telah dibuat kepada penerima yang layak mulai 6 April secara berperingkat.

Bantuan Prihatin Nasional adalah salah satu bantuan yang disediakan oleh Kerajaan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang akan diberikan secara one-off kepada golongan B40 dan M40. Untuk maklumat lanjut anda boleh lawati laman ini https://www.treasury.gov.my/pdf/Bantuan-Prihatin-Nasional.pdf

Jika memenuhi kriteria tetapi tidak tersenarai sebagai penerima BPN B40 & M40, permohonan baharu boleh dibuat mulai 1 April sehingga 30 April 2020 secara dalam talian di Portal Rasmi Bantuan Prihatin Nasional (BPN) https://bpn.hasil.gov.my/
Antara Sebabnya adalah Permohonan baharu dan rayuan hanya akan diproses selepas 30 April 2020,
Bagi mereka yang telah membuat permohonan baharu dan rayuan, bolehlah melayari Portal Rasmi https://bpn.hasil.gov.my/  untuk membuat semakan status terbaru selepas 30 April 2020. Sekiranya permohonan dan rayuan berjaya, maka bayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) akan di buat padal bulan Mei.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *