SENARAI & CARA MOHON BANTUAN JABATAN MASYARAKAT (JKM) 2020

PENGENALAN

Perkhidmatan bantuan kewangan Jabatan Kebajikan Masyarakat disediakan untuk kumpulan sasar sahaja yang memerlukan bagi meneruskan kelangsungan hidup dengan baik atau sempurna.

OBJEKTIF PEMBERIAN BANTUAN

  • Memenuhi keperluan asas (basic needs) bagi meringankan beban penerima bantuan
  • Alat sokongan sosial (social support tools) untuk menilai kemampuan penerima bantuan ke arah berdikari dan mengurangkan kebergantungan kepada bantuan
  • Alat pemulihan (rehabilitation tools) agar penerima bantuan terus kekal tinggal bersama komuniti/masyarakat.
  • Sumber kewangan sementara penerima bantuan meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup

SENARAI BANTUAN 

  • Bantuan Orang Tua (BOT) – RM 350 sebulan seorang.
  • Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) – RM 250 sebulan.
  • Bantuan Anak Pelihara (BAP) – RM 250 sebulan seorang dan RM 500 sebulan untuk sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih.
  • Elaun Pekerja Cacat (EPC)- RM 400 sebulan seorang.
  • Bantuan Kanak-Kanak (BKK) – RM 100 sebulan seorang dan maksimum RM 450 sekeluarga yang melebihi 4 orang kanak- kanak.
  • Geran Pelancaran – Pemerkasaan ekonomi kumpulan sasar Jabatan Kemajuan Masyarakat yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu atau keluarga dengan pemberian maksimimum sejumlah RM 2,700 sekaligus.
  • Bantuan Alat Tiruan / Sokongan – Mengikut harga sebenar yang telah ditetapkan.
  • Bantuan Am Negeri – Minimum sebanyak RM 100 sebulan seseorang dan maksimum sebanyak RM 350 sekeluarga.
  • Bantuan Am Persekutuan (BA) – RM 100 sebulan seorang dan Maksimum RM 350 sebulan sekeluarga.
  • Bantuan Latihan Perantis (BLP) – RM 200 sebulan seorang.
  • Tabung Bantuan Segera 
  • Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT) – RM 350 sebulan seorang.

Maklumat Lanjut : klik sini

CARA MEMOHON

  1. Permohonan boleh dibuat melalui setiap peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. 
  2. Setiap permohonan yang ingin di buat bagi memudahkan pengurusan pentadbiran, pemohon haruslah membawa dokumen yang lengkap semasa hadir ke pejabat Kebajian Masyarakat.
  3. Borang Permohonan boleh di ambil melalui laman web tersebut : JKM 18 (Borang Permohonan)
  4. Borang Kemaskini maklumat, boleh tekan link tersebut : JKM 20 (Borang Kemaskini)
  5. Maklumat Lanjut : klik sini

2 thoughts on “SENARAI & CARA MOHON BANTUAN JABATAN MASYARAKAT (JKM) 2020

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *