Semakan Tarikh dan Bayaran BPR Fasa 3 Bagi Kategori Bujang / Keluarga

Pasti ramai yang tertanya-tanya bilakah proses bayaran BPR yang seterusnya. Berikut adalah maklumat yang kami kongsikan kepada anda berkenaan dengan tarikh semakan status serta maklumat pembayaran dan baki bayaran yang bakal diterima oleh penerima yang layak.

 

PERINCIAN BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR)

Pada pembentangan belanjawan 2021 yang lepas , Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz telah mmperkenalkan satu inisiaitf yang akan memberikan manfaat kepada rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Inisiatif yang telah diperkenalkan adalah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH). Untuk makluman anda semua , bayaran BPR telah dilaksanakan dengan keseluruhan sebanyak 3 fasa tetapi fasa 1 dan fasa 2 telah dibayar sebelum ini.

 

TARIKH BAYARAN BPR FASA 3

Bagi penerima bpr fasa 3 dijangkakan akan menerima bayaran pada bulan September 2021 .

 

KADAR BAYARAN MENGIKUT KATEGORI

Berikut adalah merupakan jumlah bayaran bpr fasa 3 yang akan diterima oleh penerima mengikut kategori :

Kategori Keluarga 

  • RM500 bagi isi rumah yang berpendapatan di bawah RM2500 serta mempunyai 1 orang anak.
  • RM1100 bagi isi rumah yang berpendapatan di bawah RM2500 serta mempunyai 2 orang anak dan ke atas.
  • RM200 bagi isi rumah yang berpendapatan RM2501 hingga RM4000 serta mempunyai kurang dari 1 orang anak.
  • RM600 bagi isi rumah yang berpendapatan RM2501 hingga RM4000 serta mempunyai 2 orang anak dan ke atas.
  • RM100 bagi isi rumah yang berpendapatan RM4001 hingga RM5000 serta mempunyai kurang dari 1 orang anak.
  • RM200 bagi isi rumah yang berpendapatan RM4001 hingga RM5000 serta mempunyai 2 orang anak dan ke atas.

 

Kategori Bujang 

Untuk pengetahuan semua , bagi kategori bujang pula tidak akan menerima bayaran pada fasa 3 kerana telah menerima keseluruhan amaun BPR berjumlah RM350 pada fasa 1 dan fasa 2.

 

CARA MEMBUAT SEMAKAN BAYARAN BPR FASA 3

Berikut adalah langkah-langkah yang ditunjukkan untuk membuat semakan status bayaran :

  • Sila layari laman web portal rasmi di https://bpr.hasil.gov.my;
  • Login dengan menggunakan ID ataupun kata laluan
  • Seterusnya tekan butang “Semakan Status”
  • Status bayaran akan dipaparkan

 

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan berkenaan tarikh bayaran bpr fasa 3 , sila hubungi LHDNM di talian hotline 1-800-88-2747 .