PENGENALAN
1. eKasih merupakan Portal Pembasmian Kemiskinan yang menjadi sistem pangkalan data isi rumah miskin. Bertujuan membantu merancang, melaksanakan dan memantau program kadar kemiskinan.
2. eKasih juga menjadi portal utama rakyat Malaysia kerana menjadi rujukan memohon bantuan kerajaan.
3. Portal ini juga menyimpan semua maklumat berkaitan kemiskinan, bantuan yang di terima secara individu, ketua isi rumah (KIR) dan ahli isi rumah (AIR) daripada mana-mana agensi yang menyalurkan bantuan.
SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia
- Isi Rumah yang berpendapatan bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.
SENARAI PUNCA PENDAPATAN UTAMA :
- Bekerja sendiri
- Perkejaan Bergaji
- Pindah Semasa Diterima
- Pendapatan daripada Harta dan Pelaburan
PENDAFTARAN BARU E-KASIH
Semua Ketua Isi Rumah (KIR) yang berpendapatan kurang dari RM 1500 di kawasan Bandar, atau RM 1000 di luar bandar sebulan adalah digalakkan untuk mendaftar.
Anda boleh rujuk panduan manual berikut : klik sini
2 CARA PENDAFTARAN BANTUAN E-KASIH
- Anda boleh ke Pejabat Pembanguna Negeri atau Pejabat Daerah yang berdekatan.
- Melalui telefon, surat atau email rasmi, membuat laporan, atau mendaftar kemiskinan melalui Pimpinan Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakitan Penduduk (MPP).
SEMAKAN e-Kasih
Sekiranya anda ingin membuat semakan eKasih. Boleh klik link tersebut :
1. Masukkan nombor kad pengenalan anda.
2. Klik untuk carian.
Jika anda mempunyai sebarang soalan, anda boleh klik link tersebut : Soalan Lazim
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.