Berikut penerangan Berkaitan Rayuan BPR 2021 :
- Permohonan Rayuan BPR 2021 boleh dibuat secara dalam talian mulai 15 Jun 2021 sehingga 30 Jun 2021 (tertakluk kepada pindaan). Sila Klik untuk Panduan Pengguna Permohonan Rayuan dan Sila Klik untuk Kod Alasan Tidak Lulus dan Tindakan / Dokumen sokongan yang perlu dimuatnaik / dilampirkan semasa permohonan rayuan.
- Perkhidmatan kaunter BPR LHDNM akan beroperasi sepenuhnya melalui janji temu mulai 15 Jun 2021. Anda boleh membuat permohonan janji temu secara dalam talian melalui e- Janji Temu di Portal Rasmi BPR. Sila Klik untuk Jadual Kaunter Perkhidmatan BPR LHDNM.
- Untuk maklumat lanjut e-Janji Temu, sila rujuk Soalan lazim atau Panduan Pengguna e-Janji Temu sekiranya anda ingin membuat permohonan janji temu.
- Perkhidmatan BPR yang boleh diakses secara dalam talian pada Portal BPR 2021 tanpa perlu hadir ke Cawangan secara janji temu adalah seperti berikut:
- Permohonan Rayuan.
- Kemas kini maklumat asas bagi permohonan berstatus lulus.
- Semakan status permohonan dan maklumat bayaran.
- Set semula kata laluan BPR (jika mempunyai alamat e-Mel berdaftar).
- Cetak permohonan BPR.
- Semak pemakluman BPR.
Berikut penerangan Berkaitan Bayaran BPR Fasa 1 :
1. Bayaran Fasa 1 BPR 2021 telah diawalkan seperti mana yang diumumkan dalam Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) seperti berikut:
- Tarikh Pembayaran :
* Ada Akaun – Bayaran mulai 24 Februari 2021 secara berperingkat.
* Tiada Akaun – Penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 25 Februari 2021.
* Tiada Akaun (Pedalaman) – 1 Mac – 1 April 2021. Lokasi akan dimaklumkan.
2. Pembayaran Fasa 1 BPR 2021 dibuat kepada penerima BSH 2020 dan BPN B40 yang diluluskan sebelum ini:
- Isi Rumah (Pendapatan sehingga RM5,000) – RM300.
- Bujang (Pendapatan sehingga RM2,000) – RM150.
3. Semakan Status Pembayaran Fasa 1 BPR 2021 boleh disemak dengan log masuk MyBPR.
Berikut penerangan Berkaitan Bayaran BPR Fasa 2 :
- Tarikh Pembayaran :
* Ada Akaun – Bayaran mulai 07 Mei 2021 secara berperingkat.
* Tiada Akaun – Penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Mei 2021.
* Tiada Akaun (Pedalaman) – Tarikh pembayaran akan dimaklumkan.
- Semakan Status Pembayaran Fasa 2 BPR 2021 boleh disemak dengan log masuk MyBPR.