BPN Fasa Kedua adalah sebahagian daripada Kerangka Inisiatif Tambahan, Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (KITA Prihatin) bernilai RM10 bilion yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 23 September 2020.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata bayaran BPN 2.0 ini akan dipercepatkan pada 21 Januari 2021.
Ia berikutan pelaksanaan kembali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) di negeri-negeri yang telah di umumkan sebelum ini oleh Perdana Menteri.
Baca juga, mySalam – Cara Mohon Bantuan Kewangan RM700 Bagi Individu Dikuarantin
Fasa kedua BPN 2.0 akan diberikan kepada 11.06 juta penerima merangkumi 10.6 juta penerima BPN sedia ada.
Fasa kedua BPN 2.0 juga akan diberikan kepada 460,000 penerima baharu dengan jumlah bayaran keseluruhan RM2.38 bilion.
Tarikh Pembayaran BPN 2.0
- Bayaran BPN fasa kedua ini akan dibuat pada tarikh yang berbeza iaitu :
- Bagi penerima kategori B40, bayaran akan dikreditkan ke dalam akaun bank bermula 21 Januari ini
- manakala kategori M40 pula bermula 25 Januari 2021.
- Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank pula, pembayaran akan dibuat mulai 25 Januari 2021 di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). BSN akan mengeluarkan panduan SOP dari semasa ke semasa.
- Penerima di Sabah dan Sarawak tanpa akaun bank pula, pembayaran akan bermula awal Februari sehingga 1 April 2021 di lokasi yang bakal diumumkan akhir bulan ini.
Baca juga, Panduan Lengkap Cara Permohonan Skim Bantuan Zakat Deposit Sewa Rumah Dan Sewa Rumah Bulanan
Semakan Permohonan BPN 2.0
Anda yang ingin membuat semakan permohonan boleh berbuat demikian dengan menekan pautan berikut https://bpn.hasil.gov.my/
Jumlah Pembayaran BPN 2.0
Jumlah pembayaran bagi Bantuan Prihatin Nasional Fasa Kedua ini adalah seperti berikut :