(RASMI)-TARIKH BAYARAN BPN 2.0 Yang Telah Diumumkan Oleh Menteri Kewangan

Ramai yang bertanya bilakah tarikh bayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0.

Berikut merupakan kenyataan media YBM Tengku Zafrul, Menteri Kewangan Berkenaan Bayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0. Berjumlah RM 7.0 Bilion secara Berperingat kepada mereka yang lulus permohonan mulai 26 Oktober 2020.
Bantuan tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun pemohon yang lulus secara berfasa iaitu pada penghujung Oktober 2020 bagi fasa pertama dan awal Januari 2021 bagi fasa kedua.
SEMAKAN BPN 2.0
Semakan BPN boleh dibuat di portal rasmi https://bpn.hasil.gov.my dengan cara memasukkan nombor IC anda dan isi kod captcha yang diminta, kemudian maklumat permohonan akan dipaparkan.
PENERIMA YANG TIDAK MEMPUNYAI AKAUN BANK DAN BERADA DI PEDALAMAN SABAH DAN SARAWAK

Bagi penerima BPN yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 26 Oktober 2020 sehingga 31 Disember 2020.
Penerima BPN di kawasan pedalalaman Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank akan turut menerima pembayaran ini pada tempoh yang sama seperti di Semenanjung Malaysia.
Penerima BPN di kawasan pedalalaman Sabah dan Sarawak yang tidak mempunyai akaun bank akan akan dibayar sekaligus bermula bulan Januari 2021 dengan bayaran tunai dibuat di lokasi-lokasi yang bakal diumumkan kelak.
PERMOHONAN BARU
Permohonan baru / rayuan boleh dibuat di portal rasmi BPN bermula 15 Oktober 2020 sehingga 15 November 2020.
Permohonan baharu BPN 2.0 akan diproses selepas tempoh permohonan ditutup dan jika
diluluskan akan menerima bayaran bantuan BPN 2.0 sekaligus pada Januari 2021.
Sistem hanya akan memaparkan status “Permohonan Diterima” menandakan permohonan BPN anda telah diterima dan akan diproses nanti.
Pemohon baharu BPN 2.0 boleh merujuk kepada Soalan Lazim (FAQ) yang telah dimuatnaik di portal rasmi BPN bagi mendapatkan maklumat lanjut atau untuk membuat permohonan.

One thought on “(RASMI)-TARIKH BAYARAN BPN 2.0 Yang Telah Diumumkan Oleh Menteri Kewangan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *