Ramai yang masih keliru bilakah tarikh bayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0.
Menteri Kewangan iaitu YB Tengku Zafrul telah mengeluarkan kenyataan Tarikh Bayaran Bantuan Prihatin Nasional ialah 26 OKTOBER 2020 secara berperingat dengan jumlah sebanyak RM 7.0 bilion.
Bantuan tersebut akan dikreditkan dengan 2 fasa iaitu fasa pertama di hujung bulan oktober 2020 dan fasa ke 2 di awal bulan Januari 2021.
Bayaran fasa pertama Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 berjumlah RM7 bilion akan disalurkan kepada 10.6 juta penerima BPN sedia ada mengikut kategori isi rumah dan individu bujang. Ia akan dilakukan secara berperingkat bermula 26 Oktober 2020 ini.
Pecahan bayaran fasa pertama BPN 2.0 berjumlah RM4.8 bilion bagi kategori pertama penerima adalah isi rumah B40 yang akan menerima RM1,000 sementara RM500 kepada 3.8 juta kumpulan B40 bujang.
Untuk makluman, berikut merupakan maklumat tarikh pembayaran BPN 2.0 Fasa 1 berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak kementerian :
- Pemegang akaun BSN – 19 hingga 22 Oktober 2020
- Pemegan akaun bank selain BSN (IBG) – 22 hingga 26 Oktober 2020
- Penunaian di kaunter BSN (pemohon yang tiada akaun bank) – bermula 26 Oktober 2020
Baca juga artikel lain dari portal kami :