[Rasmi] Senarai Bank-Bank Yang Telah Dikreditkan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

Berikut merupakan kenyataan Menteri Kewangan iaitu Tengku Zafrul :

PEMBAYARAN FASA 1 BANTUAN PRIHATIN RAKYAT BERNILAI RM1.93 BILION SECARA BERPERINGKAT MULAI 24 FEBRUARI 2021⠀

Pada 18 Januari 2021, YAB Perdana Menteri semasa pembentangan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) telah mengumumkan bahawa pembayaran Fasa 1 Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dipercepatkan kepada penghujung Februari 2021.⠀

Sukacita diumumkan, bagi pembayaran Fasa 1 BPR, 8.45 juta penerima akan mendapat bayaran sebanyak RM300 setiap penerima untuk kategori isi rumah (4.4 juta penerima) dan RM150 setiap seorang untuk individu bujang (4.05 juta penerima) secara berperingkat mulai 24 Februari 2021 (Rabu), melibatkan peruntukan berjumlah RM1.93 bilion.⠀

Pembayaran Fasa 1 BPR dibuat kepada penerima BSH 2020 dan BPN B40 yang telah diluluskan sebelum ini. Pembayaran Fasa 1 ini telah dipercepatkan daripada bulan Mei kepada penghujung Februari 2021 bagi membantu kelangsungan hidup rakyat terutamanya golongan mudah terjejas dan pekerja yang bergantung kepada upah harian. Kerajaan sentiasa komited untuk memastikan bantuan yang diperuntukkan sampai kepada mereka yang disasarkan bagi menjamin kesejahteraan rakyat.⠀

23 Februari 2021

Antara bank-bank yang telah dikreditkan ialah :

  1. BSN
  2. MAYBANK
  3. AMBANK
  4. PUBLIC BANK
  5. AGRO BANK
  6. BANK ISLAM

 

 

Baca juga : https://www.semakankerja.com/cara-mohon-bantuan-kanak-kanak-sehingga-rm-1000-sebulan-2021/

Sila Nyatakan Komen Anda
error: Laman web ini adalah dilindungi!