[RASMI] Semakan Status Penghantaran Dekoder Percuma MYTV Online Untuk Penerima BSH

Malaysia kini beralih sepenuhnya kepada siaran TV digital myFreeview. Transformasi ini memberikan perkhidmatan penyiaran TV dan radio dengan siaran yang lebih jelas dan audio yang lebih baik tanpa sebarang bayaran bulanan kepada pengguna.

Untuk mendapatkan siaran digital, anda memerlukan dekoder DVB-T2 atau TV digital (IDTV) yang dilengkapi dengan penala digital (digital tuner).

myFreeview adalah jenama perkhidmatan TV digital percuma Malaysia yang menawarkan siaran TV dan radio popular di Malaysia tanpa sebarang bayaran atau yuran langganan (jika anda mahu).

Berikut adalah senarai Saluran myFreeview :

Saluran TV :

  • TV1 (HD)
  • TV2 (HD)
  • TV Okey
  • RTM Sports HD
  • RTM Bes HD
  • TV3 (HD)
  • CJ Wow Shop (Melayu)
  • CJ Wow Shop (Cina)
  • NTV7
  • 8TV
  • TV9
  • TV Al-Hijrah (HD)
  • Bernama News Channel
  • Astro Go Shop
  • Drama Sangat
  • Awesome TV

Saluran Radio :

  • Nasional FM
  • Traxx FM
  • Minnal FM
  • Ai FM
  • Klasik FM
  • Asyik FM

CARA SEMAK DEKODER MYTV PERCUMA :

  1. Semakan status dekoder myTV boleh dibuat melalui online dengan link tersebut : MYTV Broadcasting.my
  2. Masukkan no Kad Pengenalan.
  3. Tekan link semak.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh Hubungi Pusat Khidmat Pelanggan MYTV di talian 1800-18-1088 atau 1300-80-6988.