Kerajaan baru-baru ini mengumumkan Program eBelia ditingkatkan kepada RM100 seorang, berbanding RM50 yang diumumkan dalam Belanjawan 2021 pada 6 November lalu.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, ia akan memberi manfaat kepada 1.1 juta mahasiswa.
Di bawah kategori bantuan kewangan langsung, kerajaan telah mengambilkira kepada penambahbaikan peruntukan dibawah Program e-Belia bagi membantu meringankan beban kewangan para belia.
Baca juga, Permohonan Online Bantuan Telefon Bimbit Percuma Golongan B40, Kini Dibuka!
Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr. Noraini Ahmad sebelum ini mencadangkan agar Kementerian Kewangan membuat penelitian semula terhadap keperluan pelajar-pelajar di Institut Pengajian Tinggi (IPT).
PROGRAM e-BELIA KREDIT RM100 SECARA ONE-OFF
Tambah Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz lagi, untuk membantu mahasiswa di institusi pengajian tinggi (IPT) dan institusi pengajian tinggi (IPTS) dalam konteks norma baru, kerajaan bersetuju untuk menambah baik program eBelia seperti berikut:
- Meningkatkan jumlah eBelia daripada RM50 kepada RM100 dan;
- Memanjangkan inisiatif kepada 1.1 juta mahasiswa di IPT dan IPTS termasuk yang berumur lebih daripada 20 tahun.
Baca juga [RASMI] PENERIMA BANTUAN SARA HIDUP (BSH) LAYAK SKIM MYSALAM RM 8,000 SECARA AUTOMATIK
SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun.
- Pelajar IPTA dan IPTS layak tanpa mengira umur
- Memiliki aplikasi e-dompet seperti Boost, Touch ‘n Go eWallet dan GrabPay
KAEDAH PERMOHONAN
Buat masa ini, kerajaan belum mengumumkan kaedah permohonan bagi bantuan ini.
Namun, sekiranya dilihat pemberian kredit e-Dompet sebelum ini, ianya akan disalurkan terus ke dalam akaun Boost, Touch ‘n Go eWallet dan GrabPay.
Anda hanya perlu daftarkan No. Kad Pengenalan dan butiran lain ke dalam mana-mana akan e-dompet diatas.
Tebusan hanya boleh dilakukan melalui 1 aplikasi sahaja untuk 1 nombor kad pengenalan.