Pada pembentangan Belanjawan 2021 di Parlimen Malaysia, hari ini oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul telah mengumumkan bahawa Pengeluaran di Akaun 1 KWSP diperluaskan kepada lebih 8 juta ahli.
Pengumuman ini adalah atas desakan rakyat yang terjejas akibat wabak COVID-19
Sebelum ini, bekas Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak telah memberi cadangan agar simpanan di Akaun 1 KWSP dibenarkan untuk membuat pengeluaran sebanyak RM10,000 secara one-off kepada semua ahli bagi membantu mereka menangani masalah kewangan yang dihadapi akibat pandemik wabak COVID-19.
Bagaimana cara memohon Pengeluaran Akaun 1 i-Sinar?
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) belum mengumumkan portal rasmi bagi sistem i-Sinar. Kami akan sentiasa mengemaskini panduan dan cara pengeluaran Akaun 1 KWSP apabila telah diumumkan.
Tinggalkan cadangan anda diruangan komen.