[RASMI]-PENERIMA BANTUAN SARA HIDUP (BSH) LAYAK SKIM MYSALAM RM 8000 SECARA AUTOMATIK

Pengenalan

Skim perlindungan masyarakat mySalam adalah inisiatif Kerajaan yang bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada 8 juta individu rakyat Malaysia.

Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) secara automatik didaftarkan mendapat MySalam.

Ciri-Ciri Penerima 
  1. Berumur di antara 18 tahun hingga 65 tahun.
  2. Individu bujang antara umur 40 tahun hingga 65 tahun dan berpendatapan kurang dari RM 24,000 setahun.
  3. Individu OKU di antara 18 tahun hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang dari RM 24,000 setahun.

Kategori Bantuan Sara Hidup (BSH)
  1. RM 8000 akan di bayar sekali secara tunai jika disahkan atau apabila di diagnos salah satu daripada 45 penyakit kritikal yang disenaraikan.
  2. Elaun RM 50 akan diberikan secara tunai harian sehingga 14 hari ataupun maksimum dibayar RM 700 setahun untuk seorang.

Senarai 45 penyakit kritikal : klik sini

Senarai hospital : klik sini

Untuk semak kelayakan, boleh klik link tersebut : SEMAK

Sebarang soalan mengenai MySalam, anda boleh klik link tersebut : SOALAN LAZIM TENTANG SKIM mySALAM

Penerima Bantuan Sara Hidup lama atau baru, Dinasihatkan untuk mengemaskini maklumat BSH/BR1M dan melengkapkan waris yang dinamakan dalam maklumat agar boleh membuat tuntutan sekiranya penerima BSH meninggal dunia dalam tempoh yang ditetapkan.

Sekian.