[RASMI] Panduan Lengkap Permohonan Program Perumahan Rakyat (PPR)

Program Perumahan Rakyat (PPR) adalah satu program yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan yang berpendapatan rendah. Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan merupakan pusat agensi bagi program PPR di seluruh negara. Program Perumahan Rakyat (PPR) terdiri daripada 2 katogeri iaitu PPR disewa dan PPR dimiliki.

APAKAH CIRI-CIRI PPR?

Ciri-ciri PPR adalah seperti berikut:

      1. Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat di kawasan bandar-bandar besar
      2. Landed properties di pesisir dan pinggir bandar
      3. Keluasan – Tidak kurang 700 kps
      4. Binaan – 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air

Baca juga : Cara Memohon Telefon Pintar Golongan B40

APAKAH SYARAT KELAYAKAN UNTUK MEMOHON?
1. SKIM PPR DISEWA :
    1. Warganegara Malaysia
    2. Berumur 18 tahun ke atas
    3. Pendapatan isi rumah di bawah RM3000 sebulan
    4. Pemohon belum memiliki rumah
    5. Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri
2. SKIM PPR DIMILIKI : 
    1. Warganegara Malaysia
    2. Berumur 18 tahun ke atas
    3. Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan
    4. Pemohon belum memiliki rumah
    5. Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri
3. SKIM MYHOME :
    1. Warganegara Malaysia
    2. Berumur 21 tahun ke atas
    3. Pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah. Isi rumah merujuk kepada pasangan suami dan isteri atau bujang sahaja. Pasangan sama ada suami atau isteri yang telah memiliki rumah bagi satu isi rumah adalah TIDAK LAYAK
    4. Pendapatan isi rumah RM10,000 ke bawah
BAGAIMANA CARA UNTUK MEMOHON PPR?

Proses permohonan dan pengisian dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri/Lembaga Perumahan Negeri/Pihak Berkuasa Tempatan yang berkaitan.

Pemohon-pemohon boleh mendapatkan maklumat secara manual dengan menghubungi Bahagian Perancangan & Pembangunan Projek PPR setiap negeri di Portal Rasmi Jabatan Perumahan Negara

Bagi permohonan secara online, pemohon boleh memohon Rumah PPR melalui Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN) pada portal TEDUH di https://teduh.kpkt.gov.my

TEDUH adalah portal yang memaparkan maklumat dan fungsi carian berkaitan projek-projek dan program-program perumahan awam dan swasta di Malaysia.

Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN) merupakan salah satu modul dalam TEDUH yang berfungsi sebagai gerbang ‘one-stop centre’ bagi individu yang ingin memohon program perumahan dibawah seliaan Jabatan Perumahan Negara KPKT.

Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat permohonan rumah PPR online melalui Portal TEDUH:

1. Daftar Portal TEDUH
    1. Layari Portal TEDUH
    2. Pemohon perlu mendaftar akaun sebelum log masuk ke SPRN
    3. Lengkapkan butiran diri untuk proses pendaftaran.
2. Aktifkan Akaun & Log Masuk
    1. Setelah berjaya mendaftar, semak e-mel dan klik pautan yang diberi untuk pengaktifan akaun.
    2. Klik pada ‘Log Masuk Pemohon’ menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang telah ditetapkan tadi.
3. Pilih Skim
    1. Sila baca syarat dan kelayakan pemohon untuk setiap skim sebelum membuat permohonan.
    2. Terdapat maklumat senarai projek yang dibuka untuk permohonan pada bahagian kanan pilihan skim.
    3. Ini bagi memudahkan pemohon mengenalpasti projek yang dibuka untuk permohonan.
    4. Seterusnya, klik butang ‘Pilih Skim’ sama ada ingin memohon PPR Disewa atau PPR Dimiliki.

NOTA:

Anda juga boleh memohon Program Rumah Transit secara online melalui Portal TEDUH.

Program Rumah Transit bertujuan untuk memberi kemudahan perumahan secara sementara kepada pasangan muda yang telah berkahwin dan berumur antara 18 hingga 30 tahun.

Program ini bertumpu di bandar-bandar besar untuk mengurangkan beban pasangan muda yang berpendapatan rendah / berkelayakan.

Rumah ini disewakan dengan kadar sebanyak RM250.00 sebulan bagi tempoh sewaan permulaan selama dua (2) tahun.

Penyewa akan diberikan notis enam (6) bulan sebelum tamat tempoh kontrak bagi tujuan pengosongan rumah.

4. Masukkan Maklumat Pemohon
    1. Masukkan Maklumat pemohon, Maklumat Pendapatan, Maklumat Pasangan, dan Maklumat Tanggungan yang diperlukan seperti di paparan.
    2. Setelah lengkap, klik butang ‘Simpan’.
5. Pilih Projek
    1. Klik pautan ‘Projek’ untuk memohon projek.’
    2. Klik ikon projek yang dipapar atau menggunakan carian projek menggunakan nama projek dan negeri.
    3. Klik butang “Mohon Unit Ini” untuk memohon unit PPR di dalam projek tersebut.
    4. Klik butang “Ya” untuk meneruskan proses dan butang “Tidak” untuk membatalkan proses pengesahan.
6. Muatnaik Dokumen Sokongan
    1. Muatnaik Dokumen Sokongan seperti yang dipaparkan mengikut keperluan.
    2. Muat naik dokumen di dalam format hanya PDF dan saiz dokumen tidak melebihi 3MB.
7. Pengesahan & Hantar
    1. Tandakan pengesahan maklumat permohonan dan klik butang “Sah & Hantar Permohonan” untuk menghantar permohonan.
      *Rujuk manual penuh oleh SPRN di SINI.

Semoga perkongsian berikut dapat membantu anda untuk memohon Rumah PPR. Sila dapatkan maklumat lanjut mengenai Rumah PPR dari portal-portal rasmi kerajaan.

 

Like dab Follow Facebook Page : INFO Malaysia
Join Group Telegram : Semakan Kerjaya