PENGENALAN
Skim i-SURI merupakan program yang berbentuk usaha sama yang melibatkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) dan Kementerian Kewangan (MOF).
Skim iSuri merupakan skim bantuan bersasar bagi menggalakkan rakyat mula menabung bagi kegunaan semasa ditimpa musibah seperti perceraian, kematian suami, suami hilang upaya, hari tua atau ketika menghadapi kesusahan dan dan lain-lain.
Faedah dibawah ini dapat Anda rasakan semasa menjadi ahli iSuri KWSP.
- Bantuan Kematian.
- Bantuan hilang upaya.
- Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM 200* pada tahun 2018, dan RM480 pada setiap tahun yang berikutnya.
- Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
- Menerima dividen tahunan KWSP.
SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia
- Belum mencapai umur 60 tahun
- Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR)
- Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 Nov 2018
- Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP
- Isi Rumah yang berpendapatan bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.
SENARAI PUNCA PENDAPATAN UTAMA
- Bekerja sendiri
- Perkejaan Bergaji
- Pindah Semasa Diterima
- Pendapatan daripada Harta dan Pelaburan
Baca juga, Portal Rasmi i-Sinar KWSP Yang Terbaru Telah Dikemaskini
PENDAFTARAN i-SURI KWSP
Bagi golongan suri rumah yang memenuhi syarat kelayakan dan ingin mendaftar insentif ini, anda perlu hadir ke mana-mana cawangan KWSP dengan membawa Mykad serta dua borang berikut:
- Mykad
- Borang i-Suri – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
- Borang i-Suri – KWSP 6A (2) (Semasa pembayaran)
SEMAKAN MELALUI e-KASIH
Sekiranya anda ingin membuat semakan eKasih. Boleh klik link ini, Semakan eKasih
- Masukkan nombor kad pengenalan anda.
- Klik untuk carian.
Jika anda mempunyai sebarang soalan, anda boleh klik link tersebut : Soalan Lazim