Setelah diumumkan oleh Menteri Pendidikan iaitu Dr. Mohd Radzi Md Jidin bahawa anak-anak akan memulakan semester baharu pada 20 Januari 2021, ada ibu ayah yang risau tentang jankitan virus covid 19 dan tambahan pula sesetengah kawasan ditetapkan untuk mengadakan pembelajaran online dari rumah oleh kerana risiko kes yang semakin meningkat.
Oleh yang demikian, untuk Mengurangkan kes covid 19 dan mengelakkan anak-anak kita ketinggalan, ibu ayah boleh memanfaatkan buku teks digital dalam tempoh PKP nanti.
Berikut adalah caranya :
Download Melalui Telegram
Jika ibu ayah dah terlupa atau tidak ada password Google anak-anak, boleh cuba cara ini.
Di sini saya sertakan link untuk ibu-ibu dapatkan buku teks tersebut.
Cara Download Buku Teks Sekolah Rendah 1-6 :
- Pergi ke laman web https://sites.google.com/moe.edu.my/login
- Sila login menggunakan akaun Google yang dibekalkan oleh sekolah. (Contoh: m-12345678@moe-dl.edu.my)
- Klik pada Ikon MURID
- Klik Buku Teks Digital
- Pilih Subjek Buku Teks yang kita nak.
- Boleh preview atau download sebagai fail PDF.
Selain itu ada juga untuk download buku teks sekolah rendah melalui telegram. Ibu Bapa boleh klik link telegram untuk download :
Buku Teks Digital Sekolah Rendah
Cara Download Buku Teks Sekolah Menengah Tingkatan 1-5 :
Ibu Bapa hanya perlu ada aplikasi Telegram dan join telegram tersebut untuk download buku teks.
- Tingkatan 1 –https://t.me/Channel1BukuTeksKSSM
- Tingkatan 2 –https://t.me/Channel2BukuTeksKSSM
- Tingkatan 3 –https://t.me/Channel3BukuTeksKSSM
- Tingkatan 4 –https://t.me/httpstmejoinchatAAAAAFan6t
- Tingkatan 5 –https://t.me/Channel5BukuTeksKSSM
Contoh apabila anda sertai channel tersebut ada pada Gambar 1 di bawah.