[RASMI] BAYARAN BPN 2.0 TELAH DIMASUKKAN KE DALAM AKAUN PENERIMA. SEMAK AKAUN ANDA SEKARANG.

Bayaran fasa pertama Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 berjumlah RM7 bilion akan disalurkan kepada 10.6 juta penerima BPN sedia ada mengikut kategori isi rumah dan individu bujang. Ia akan dilakukan secara berperingkat bermula bulan Oktober.

Pecahan bayaran fasa pertama BPN 2.0 berjumlah RM4.8 bilion bagi kategori pertama penerima adalah isi rumah B40 yang akan menerima RM1,000 sementara RM500 kepada 3.8 juta kumpulan B40 bujang.

Bayaran fasa pertama BPN 2.0 telah mula dikreditkan ke dalam akaun bank penerima sejak 22 Oktober lagi. Anda boleh menyemak permohonan anda di portal rasmi Bantuan Prihatin Nasional 2.0 ini atau semak baki akaun di dalam akaun bank masing-masing.

Untuk makluman, berikut merupakan maklumat tarikh pembayaran BPN 2.0 Fasa 1 berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak kementerian :

  1. Pemegang akaun BSN – 19 hingga 22 Oktober 2020
  2. Pemegan akaun bank selain BSN (IBG) – 22 hingga 26 Oktober 2020
  3. Penunaian di kaunter BSN (pemohon yang tiada akaun bank) – bermula 26 Oktober 2020

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *