Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT) adalah satu bantuan yang disediakan oleh kerajaan yang akan diberikan secara one-off sebanyak RM300 kepada ibu tunggal yang layak.
Bantuan ini adalah berdasarkan pangkalan data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Jabatan Pembangunan Wanita (JKW).
SYARAT KELAYAKAN
Kategori yang layak menerima Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT) adalah seperti berikut :
- Penerima merupakan Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia
- Wanita yang menjadi Ketua Isi Rumah seperti tafsiran (Definisi Ibu Tunggal)
- Pendapatan isi rumah adalah dibawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK semasa) RM960 atau perkapita RM244.
DEFINISI IBU TUNGGAL
Perempuan yang menjadi Ketua Isi Rumah :
- Taraf perkahwinan balu atau bercerai / berpisah tetap dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama atau ;
- Mempunyai suami (suaminya tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk bekerja) dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama atau ;
- Tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai anak (anak angkat atau anak yang tidak sah taraf)
KAEDAH PERMOHONAN
Ibu tunggal yang bukan penerima bantuan JKM boleh mengemukakan permohonan selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2020 melalui :
- Sila isi borang mengikut negeri pemohon. Sila tekan sini untuk muatturun borang.
- Pejabat Pembangunan Wanita Negeri (PPWN), JKM Negeri, PKMD atau LPPKN :
- Pejabat Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri Sabah / Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (bagi pemohon di Sabah) atau;
- Pejabat JKM Negeri Sarawak / Jabatan Wanita dan KeluargaSarawak (bagi pemohon di Sarawak) atau;
- Portal rasmi https://www.jpw.gov.my/ untuk permohonan secara dala,m talian.
Pendaftaran secara dalam talian dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga jam 12.00 tengah malam. Selepas tempoh masa tersebut, akses borang akan ditutup bagi tujuan pengemaskinian data.
Status permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT) yang dibuat oleh pemohon akan dimaklumkan melalui sistem pesanan ringkas (SMS).
Bagi permohonan yang tidak lulus penerimaan Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT), tempoh permohonan rayuan akan dimaklumkan melalui Portal Rasmi Jabatan Pembangunan Wanita (JPW).
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Dokumen mandatori yang telah DISAHKAN seperti berikut :
- Salinan MyKad
- Salinan Penyata Akaun tahun semasa
- Salinan Sijil Kahwin / Sijil Cerai / Sijil Kematian
- Salinan Sijil Kelahiran Anak yang Belum Berkahwin / MyKid / MyKad / Sijil Pengangkatan dari JPN dan
- Salinan Slip Gaji Terkini / Pengesahan Pendapatan, Cth: Surat Pengesahan daripada Penguhulu / Majikan)
Nota :
Dokumen salinan hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A / Pengetua / Guru Besar / Guru Penolong Kanan/Wakil Rakyat/Penggawa / Penghulu / Ketua Kampung / Pengerusi MPKK (Majlis Pengurusan Komuniti Kampung) / Ketua Kaum / Ketua Anak Negeri / Pesuruhjaya Sumpah. Cop pegawai atau saksi hendaklah mempunyai nama dan jawatan pegawai serta jabatan atau alamat di mana pegawai bertugas.
Dokumen Sokongan seperti berikut :
- Surat Akuan Doktor (jika berkenaan) dan
- Surat Akuan Sumpah (sekiranya dalam proses penceraian)
Pembayaran Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT) akan bermula pada Julai 2020 sehingga November 2020.
Sila klik disini untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai bantuan ini.