Pandemik covid 19 ini memberi kesan kepada semua rakyat malaysia. Jika meraka tidak susah, mereka tidak akan kacau simpanan KWSP. Bila dah susah, inilah masanya kerajaan benarkan rakyat Malaysia mengeluarkan simpanan KWSP melalui akaun 1.
Mengapa akaun 1?
Dalam akaun 1 mempunyai kewangan yang banyak dari akaun 1.
Oleh itu rakyat nak sangat kerajaan mempertimbangkan cadangan ini.
Antara sebab mengapa perlu luluskan cadangan ini adalah :
1. Banyak rakyat Malaysia yang di buang kerja.
2. Pendapatan mereka tidak mencukupi menyara keluarga mereka disebabkan gaji di potong oleh majikan.
3. Gaji tidak dibayar full kerana keuntungan syarikut sedikit.
4. Banyak komitmen yang tertunggak dan perlu di bayar.
5. Duit tersebut boleh digunakan untuk memulakan bisnes.
Berikut adalah kesimpulan daripada Mantan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Najib Bin Tun Razak di dalam laman fb nya:
Saya simpulkan isu pengeluaran akaun 1 KWSP.
1. Kerajaan serta KWSP ada ruang aliran tunai untuk benarkan pengeluaran sehingga RM10k dari akaun 1 untuk pencarum paling terdesak.
Ini wang milik Rakyat dan KWSP ditubuhkan untuk menjaga Rakyat.
Sebab itu, Rakyat ada hak untuk gunakan sebahagian wang ini pada masa mereka paling terdesak.
2. Wang yang dikeluarkan pada masa terdesak ini boleh dipulihkan pada masa depan bila krisis Covid berlalu dan ekonomi bertambah baik.
Tiada siapa yang kata wang yang dikeluarkan hari ini pada masa kadar dividen KWSP tak dijangka tinggi tidak boleh dimasukkan kembali setahun atau dua tahun kemudian.
3. Dua cara untuk pulihkan simpanan pencarum termasuk:
– menaikkan semula kadar caruman KWSP majikan dan ahli yang telah diturunkan pada awal tahun ini.
– kerajaan memberi projek-projek lumayan kepada KWSP untuk menjana lebih keuntungan.
4. Jika dibenarkan, wang yang dikeluarkan pada masa ini akan merancakkan kitaran wang ekonomi tempatan pada ketika ekonomi lembab akibat Covid. Akhirnya balik kepada kerajaan melalui pelbagai cukai juga.
Sekian.
Setuju
Setuju 100%
Setuju 100%
setuju 100%
SETUJU