Permohonan adalah dibuka kepada warganegara Malaysia berasal dari Sabah yang berkelayakan untuk menyertai Skim Sangkutan dan Latihan (SSL) bagi Graduan Ijazah dan Diploma yang belum mendapat pekerjaan. Butiran permohonan adalah seperti yang berikut:
GRADUAN IJAZAH SARJANA MUDA
Penempatan : Pelbagai Kementerian/Jabatan Kerajaan Negeri Sabah
Elaun : RM1,000.00 Sebulan
Tempoh Latihan : Lapan (8) Bulan *Tertakluk kepada prestasi semasa*
GRADUAN DIPLOMA
Penempatan : Pelbagai Kementerian/Jabatan Kerajaan Negeri Sabah
Elaun : RM800.00 Sebulan
Tempoh Latihan : Lapan (8) Bulan *Tertakluk kepada prestasi semasa*
Baca juga, Cara Mohon Bantuan Khas COVID-19 — RM100 Sehari
Baca juga, Cara Mohon Bantuan Kanak-kanak JKM RM200, Maksimum RM1,000
Pemohon hendaklah memiliki kelayakan seperti yang berikut:
- Warganegara Malaysia (ibu atau bapa berasal dari Sabah);
- Berumur antara 21 tahun – 30 tahun pada tahun 2021;
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau Diploma yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
- Minimum mendapat CGPA: 2.50; dan
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau yang setaraf dengannya serta Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dan tiga (3) subjek lain (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh kerajaan.
- Permohonan boleh dibuat mulai 14 Disember 2020 (8 pagi) melalui laman web www.jpan.sabah.gov.my
- Permohonan yang tidak memenuhi syarat kemasukan yang disyaratkan akan ditolak.
- Pemohon yang tidak mengisi maklumat dengan jelas dan lengkap dalam semua ruang yang disediakan tidak akan dipertimbangkan.
- Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas 31 Disember 2020 hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
- Pihak Kerajaan Negeri tidak terikat untuk memberi pekerjaan tetap atau sementara kepada para peserta Skim selepas menamatkan latihan.
- Tarikh tutup permohonan adalah pada 18 Disember 2020 (5 petang).
- Keputusan pemilihan calon SSL adalah muktamad.
Sebarang pertanyaan boleh dibuat melalui telefon di talian 088-368750.
PERMOHONAN DALAM TALIAN (ONLINE)
Sekiranya anda memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, sila memohon secara dalam talian melalui pautan di bawah. Semua keputusan permohonan adalah muktamad. Permohonan yang mengemukakan maklumat tidak sahih dan tidak lengkap akan ditolak.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari portal rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS)