Portal Rasmi i-Sinar KWSP Yang Terbaru Telah Dikemaskini

KWSP dilihat telah mengemaskini dan telah membangunkan portal rasmi i-Sinar boleh diakses secara umum oleh semua orang.

Portal rasmi ini membolehkan ahli yang ingin membuat permohonan i-Sinar dibuat secara online yang dijangka bermula pertengahan Disember 2020 ini.

portal rasmi i sinar

Dengan adanya portal yang telah dicipta oleh Kumpulan Wang Simpanan (KWSP) ini, ia bermakna setiap permohonan boleh dilakukan secara online tanpa perlu pergi kemana-mana cawangan atau Kiosk KWSP.

Baca juga, [RASMI] Pengeluaran Akaun 1 KWSP RM10,000 diluluskan untuk semua ahli melalui i-Sinar

 



 

Cara Permohonan skim i-Sinar KWSP

Sebelum anda membuat permohonan, KWSP mengingatkan agar ahli mendaftar i-Akaun terlebih dahulu agar tidak menghadapi masalah semasa permohonan dilakukan.

Setiap ahli pencarum KWSP yang ingin membuat pengeluaran wang di Akaun 1, boleh melawat terus ke portal rasmi i-Sinar iaitu https://isinar.kwsp.gov.my/. (portal rasmi ini masih dalam pembangunan) Pastikan anda menggunakan pautan ini untuk membuat transaksi.

Portal rasmi ini dijangka akan dibuka sepenuhnya kepada pengguna selepas Perincian i-Sinar KWSP diumumkan pada Rabu 02 Disember 2020 nanti.

Apakah syarat kelayakan permohonan i-Sinar KWSP?

Antara syarat yang diumumkan pada Penggulungan Belanjawan 2021 yang lalu adalah seperti berikut :

  1. Pemohon mestilah ahli pencarum di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
  2. Semua ahli yang terjejas pendapatan boleh mohon.
  3. Perlu tunjukkan bukti kehilangan pekerjaan, notis cuti tanpa gaji, potongan gaji, elaun atau Over Time

Sebelum ini hanya 600 ribu ahli sahaja yang layak untuk memohon Akaun 1 KWSP dengan pengeluaran maksimum sebanyak RM 6,000.

Namun selepas mendengar keluhan rakyat Malaysia, Kerajaan telah mengumukan 8 juta ahli akan menikmati faedah ini. Pengeluaran Maksimum yang telah diumumkan adalah RM 10,000 secara One-Off.

Syarat kelayakan yang menyeluruh akan diumumkan esok oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui Perincian i-Sinar.

[UPDATE TERKINI] PERINCIAN i-SINAR KWSP 2 DISEMBER 2020 (Tarikh Rasmi dan Cara Mohon i-Sinar KWSP)

CATATAN

Pastikan anda sentiasa mengikuti kemaskini daripada pengumuman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan tidak membuat apa-apa transaksi serta memberi maklumat kepada mana-mana pihak kerana terdapat beberapa aplikasi dan laman web palsu mengenai skim i-Sinar.