PERKARA | SEMENANJUNG MALAYSIA | PULAU DI SEMENANJUNG MALAYSIA | SABAH/SARAWAK/LABUAN |
---|---|---|---|
KAEDAH PERMOHONAN | PERMOHONAN SECARA ONLINE (WEBSITE SPNB) | ||
KONSEP | RUMAH SESEBUAH SATU (1) TINGKAT 3 BILIK TIDUR & 2 BILIK AIR |
||
KELUASAN RUMAH | 1,000 KPS | 850 KPS | 750 KPS |
KELUASAN TANAH (Tertakluk kepada rekabentuk) |
3,600 KPS (335 MPS) |
3,400 KPS (316 MPS) |
3,200 KPS (297 MPS) |
HARGA | RM75,000 | RM85,000 | RM75,000-RM106,500 |
SUBSIDI PEMBINAAN | RM20,000 | ||
CAJ PENGURUSAN PINJAMAN 2% (Daripada jumlah kesluruhan pinjaman) |
2% | ||
JUMLAH PINJAMAN | RM55,000 | RM65,000 | 55,000-86,500 |
ANGGARAN BAYARAN BULANAN (16 TAHUN+/-) (3 bulan bayaran pendahuluan sekuriti pembayaran) |
RM300 | RM352 | RM300 – RM470 |
KAEDAH PEMBAYARAN |
|
||
DOKUMEN PERJANJIAN & SEKURITI | FIRMA GUAMAN BERDAFTAR DENGAN SPNB | ||
PELAKSANAAN PEMBINAAN |
|
SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia
- Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas
- Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000
- Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna
- Tanah/tapak bersesuaian dan bebas dari gadaian/bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran pemilik tanah tersebut
- Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kps (tertakluk kepada rekabentuk)
- Tertakluk kepada peruntukan kewangan
NOTA:
- Bagi pemohon dari Semenanjung yang berumur melebihi 42 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-42 tahun diperlukan.
- Bagi pemohon dari Sabah, Sarawak dan kawasan pulau yang melebihi 38 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-38 tahun diperlukan.
CARA -CARA MEMOHON
- Pendaftaran boleh dibuat secara online menerusi laman web rasmi SPNB https://rmr.spnbonline.com.my/.
- Klik pendaftaran baru.
- Isi Borang Pendaftaran Login dengan lengkap. Alamat email yang diberikan akan dijadikan login ID.
- Satu email / SMS mengandungi butiran login ID dan kata laluan akan dihantar kepada email / nombor telefon yang didaftarkan oleh pemohon.
- Gunakan login ID dan kata laluan yang diberikan dan Borang Pra-Pendaftaran akan dimuat turun.
- Isi maklumat ke dalam sistem oleh pemohon.
- Klik Selesai Pendaftaran dan Cetak Borang.
- Memajukan borang beserta dokumen asal yang diperlukan kepada SPNB.
Untuk keterangan lanjut boleh dapatkan di cawangan SPNB berdekatan atau layari
https://spnb.com.my/rumah-mesra-rakyat-rmr/