Tak sampai 10 minit pun dah boleh ambil passport baru di kaunter tanpa perlu beratur panjang. Begini cara permohonan passport Malaysia & cara renew online passport anda dari proses permohonan sampai ke proses ambil passport di kaunter.
Langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah sediakan gambar ukuran passport – boleh pergi kedai gambar untuk ambil gambar atau nak gambar sendiri dan edit gambar background sendiri pun boleh.
Kemudian, sila buka laman https://imigresen-online.imi.gov.my/eservices/myPasport untuk upload gambar passport anda, masukkan data peribadi, lokasi ambil passport & bayaran passport. Bagi bayaran renew passport, anda akan dikenakan caj sebanyak RM200 dan warga emas sebanyak RM100 ). Setelah membuat pembayaran, sila simpan resit pembayaran sebagai bukti dan simpanan anda.
Sekiranya pembayaran yang dilakukan gagal, anda boleh requery pembayaran anda dengan menghantar emel ke passportonline_support@imi.gov.my untuk semakan dan tindakan susulan.
Lihat juga: Cara Mudah Untuk Berurusan Dengan KWSP

Setelah pembayaran selesai, anda boleh pilih lokasi dimana anda akan mengambil pasport itu nanti. Lebih baik cari tempat yang berdekatan dengan anda.
Setelah menghantar permohonan, sila tunggu emel kelulusan dari Jabatan Imigresen, kebiasaannya emel akan dihantar seawal 30 minit selepas permohonan dihantar.
Apabila permohonan anda telah diluluskan, sila cetak dan bawa resit pembayaran tadi ke pejabat imigresen yang telah anda pilih tadi.
Bila sampai di pejabat imigresen, anda tidak perlu mengambil nombor giliran, hanya letakkan sahaja resit bayaran anda di “tray” kaunter serahan passport.
Walaupun ada notis 1 jam untuk passport anda siap, sebaiknya anda tunggu dan jangan ke mana-mana sebab kemungkinan masa nak ambil tak sampai sepuluh minit dah dipanggil nama dan boleh dapatkan passport baru.
Senang dan mudah bukan?
Inilah cara paling mudah dan cepat untuk renew passport. Tinggal isi online, dapat emel kemudian ambil passport tanpa perlu beratur panjang.
Untuk membuat semakan status permohonan passport antarabangsa, sila semak disini
Download Proses Permohonan myOnline Passport Bagi Pejabat Pungutan di Malaysia