Apa itu i-Sinar?
i-Sinar merupakan kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.
Apakah kriteria untuk saya memohon i-Sinar?
Kriteria kelayakan terbahagi kepada 2 kategori seperti di bawah:
Kategori 1 | Kategori 2 |
---|---|
Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, dan:
Tiada dokumen perlu disertakan bersama permohonan. Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP:
|
Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (jumlah gaji, elaun dan elaun kerja lebih masa) sejak 1 Mac 2020.
Permohonan ini perlu disertakan bersama dokumen berikut:
|
Baca juga, Cara Mohon Bantuan Warga Emas JKM 2021 – RM500 Sebulan
Baca juga, Cara Mohon Bantuan Khas COVID-19 — RM100 Sehari
Bila dan bagaimanakah saya boleh memohon i-Sinar?
- Sekiranya anda tergolong dalam Kategori 1, anda boleh mula memohon pada 21 Disember 2020.
- Bagi anda yang tergolong dalam Kategori 2 pula, permohonan boleh dibuat bermula 11 Januari 2021.
- Permohonan i-Sinar hanya secara online di laman web isinar.kwsp.gov.my
Apakah perkara penting yang perlu saya lakukan sebelum memohon i-Sinar?
- Bagi melancarkan urusan permohonan nanti, anda digalakkan untuk mendaftar nombor telefon bimbit anda di cawangan atau kios KWSP dan mengemas kini maklumat melalui aplikasi atau portal i-Akaun.
- Pastikan akaun bank yang diberikan kepada KWSP semasa pendaftaran:
- Masih aktif
- Milik anda
- Bukan akaun bersama
Nota:
- Pastikan urusan pendaftaran nombor telefon bimbit anda di kios atau cawangan KWSP dirancang sebaik mungkin.
- KWSP sentiasa mengamalkan SOP yang ketat sepanjang tempoh pandemik ini sebagai langkah-langkah penting untuk menjaga kesihatan dan keselamatan ahli.
Bagaimanakah caranya saya boleh menyemak baki simpanan Akaun 1 saya?
Anda boleh menyemak baki simpanan Akaun 1 secara online melalui aplikasi atau portal i-Akaun atau cawangan atau kios KWSP yang terdekat.
Bila dan bagaimanakah pembayaran i-Sinar saya akan dibuat?
- Bagi kategori 1, pembayaran pertama i-Sinar akan dibuat bermula pertengahan Januari 2021.
- Bagi kategori 2, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.
- Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda.
- Pembayaran akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik anda.
Berapakah amaun kelayakan i-Sinar?
Amaun kelayakan i-Sinar adalah berdasarkan baki simpanan Akaun 1 Ahli seperti berikut:
Baki Simpanan Akaun 1: RM100,000 dan ke bawah | Baki Simpanan Akaun 1: Lebih dari RM100,000 |
---|---|
Pengeluaran sehingga RM10,000 (Tertakluk kepada baki simpanan minimum RM100 dalam Akaun 1). | Pengeluaran sehingga 10% daripada simpanan (Tertakluk kepada amaun maksimum RM60,000). |
Bayaran bulan pertama mengikut pilihan anda sehingga maksimum RM5,000. | Bayaran bulan pertama mengikut pilihan anda sehingga maksimum RM10,000. |
Bayaran selebihnya adalah minimum RM1,000 sebulan (Tertakluk kepada baki akhir Akaun 1 dengan amaun bayaran minimum RM50).
Dibayar dalam tempoh sehingga 6 bulan. |
Bayaran selebihnya adalah minimum RM1,000 sebulan.
Dibayar dalam tempoh sehingga 6 bulan. |