Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 merupakan inisiatif kerajaan bagi membantu rakyat dari segi kewangan.
BPR 2021 ini menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH) yang diumumkan kerajaan pada pembentangan Belanjawan 2021 pada November 2020.
Baca juga, [Rasmi] Tarikh Bayaran Fasa Kedua BPN 2.0 Dibayar Bermula 21 Januari 2021
Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini telah mengemaskini portal rasmi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) bagi memudahkan pemohon memohon secara online atau mengemaskini maklumat mereka.
Jumlah Bayaran BPR 2021
Jumlah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan status kelayakan adalah seperti berikut :
GOLONGAN | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
ISI RUMAH PENDAPATAN KURANG RM2500 (ANAK 0-1 ORANG) | RM1200 |
ISI RUMAH PENDAPATAN KURANG DARI RM2500 (ANAK 2 ORANG ATAU LEBIH) | RM1800 |
ISI RUMAH PENDAPATAN RM2501 – RM4000 (ANAK 0-1 ORANG) | RM800 |
ISI RUMAH PENDAPATAN RM2501 – RM4000 (ANAK 2 ORANG ATAU LEBIH) | RM1200 |
ISI RUMAH PENDAPATAN RM4000 – RM5000 (ANAK 0-1 ORANG) | RM500 |
ISI RUMAH PENDAPATAN RM4000 – RM5000 (ANAK 2 ORANG ATAU LEBIH) | RM750 |
BUJANG PENDAPATAN RM2500 KE BAWAH (BERUMUR 21 TAHUN KE ATAS) | RM350 |
Permohonan BPR 2021 Online
- Tempoh Permohonan dan Pengemaskinian Bantuan Prihatin Rakyat 2021 (BPR 2021) mulai 15 Januari 2021 hingga 15 Februari 2021 (tarikh tutup tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa).
- Sila layari https://bpr.hasil.gov.my untuk permohonan baru.
- Pemohon disarankan untuk membuat permohonan secara dalam talian berikutan pandemik Covid-19.
Berikut adalah maklumat yang diperlukan semasa membuat permohonan :
- Nama Pemohon
- Nombor Kad Pengenalan
- Status perkahwinan
- Bilangan anak (sekiranya sudah berkahwin)
- Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan)
- Pekerjaan
- Alamat tempat tinggal/surat-menyurat
- Alamat Emel
- Nama dan nombor akaun bank yang aktif
- Dokumen sokongan seperti Sijil Perkahwinan, Sijil Cerai/Kematian Pasangan, Pengesahan Pasangan; dan Pengesahan Bank
- Maklumat wakil (sekiranya ada)
- Individu yang lulus permohonan BSH dan BPN dan ingin memohon BPR, anda tidak perlu membuat permohonan baharu kerana maklumat akan diperolehi melalui pangkalan data BSH sebelum ini.
Semakan dan Kemaskini Maklumat
Sebelum membuat sebarang semakan dan kemaskini, pastikan anda daftar akaun BPR anda terlebih dahulu.
- Sila layari https://bpr.hasil.gov.my
- Tekan Log Masuk dan masukkan No. KP dan Kata Kunci anda.
- Skrin akan memaparkan menu utama akaun anda seperti ini :
FAQ
- Pemohon yang lulus BSH 2020 atau BPN 2.0 hanya perlu mengemaskini maklumat.
- Pemohon yang tidak menerima Bantuan BSH 2020 atau BPN 2.0 serta berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah perlu membuat permohonan baru.
- Tekan pautan dibawah untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Bantuan Prihatin Rakyat
https://bpr.hasil.gov.my/Download/Faq/BPR2021FAQPendaftaranMyBPR.pdf