Perincian i-Sinar Akaun 1 KWSP diumumkan minggu hadapan

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengumumkan perincian program i-Sinar pada awal minggu hadapan susulan pengumuman Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz pada sesi ucapan penggulungan Belanjawan 2021 pada Khamis lalu.

PERKARA YANG PERLU ANDA TAHU MENGENAI PERINCIAN i-SINAR KWSP

Dibawah ini adalah antara perincian yang bakal diumumkan secara lengkap oleh KWSP.

    • Apakah syarat kelayakan program i-Sinar?

      Perincian ini merangkumi syarat kelayakan ahli yang pendapatannya terkesan akibat penularan wabak COVID-19 di negara ini sejak pertengahan bulan Mac yang lalu.

      Ini termasuklah bagi mereka yang telah kehilangan pekerjaan seperti diberhentikan oleh majikan atau kehilangan sumber pendapatan atau mengalami pengurangan gaji.

    • Bilakah permohonan Pengeluaran Akaun 1 KWSP bermula?

      Ahli yang memenuhi kriteria kelayakan dijangka boleh memohon Pengeluaran Akaun 1 KWSP melalui program i-Sinar bermula pertengahan bulan Disember nanti.

    • Bilakah tarikh pembayaran Akaun 1 KWSP?

      Menurut Tengku Zafrul, KWSP menjangkakan tarikh pembayaran pengeluaran wang dari Akaun 1 akan dimasukkan ke dalam akaun bank ahli selepas sebulan dari tarikh permohonan yang telah lulus.

    • Bagaimana cara memohon melalui i-Sinar?

      Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menggalakkan agar ahli mendaftar dan mengaktifkan terlebih dahulu melalui aplikasi i-Akaun sebelum perincian itu diumumkan nanti.

      Sehingga hari ini, belum ada portal rasmi atau aplikasi program i-Sinar diumumkan oleh KWSP. KWSP juga tidak pernah melantik mana-mana pihak ketiga bagi pengurusan pengeluaran wang melalui program i-Sinar.

      Artikel berkaitan : AWAS! Jangan Terpedaya Dengan 4 Aplikasi Palsu i-Sinar Ini

    • Apakah itu i-Sinar?

      i-Sinar adalah kemudahan tambahan kepada program bantuan kerajaan lain dan juga inisiatif lain yang diperkenalkan KWSP ketika pandemik COVID-19 seperti pengurangan kadar berkanun syer pekerja, pengeluaran i-Lestari, dan juga Program Bantuan Majikan COVID-19 (e-CAP).

Semua persoalan diatas bakal terjawab dengan lengkap pada awal minggu hadapan melalui perincian i-Sinar oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

…………………………………………………………………………………..
Like dan Follow Facebook Page : INFO Malaysia
Join Group Telegram : Semakan Kerjaya