Selepas pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 13 Januari 2021 hingga 26 Januari 2021 di beberapa negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Johor, Sabah dan beberapa negeri lagi telah diumumkan sebelum ini.
Selain itu, ada negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) antaranya ialah Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah dan Kelantan iaitu bermula 13 Januari 2021 hingga 26 Januari 2021.
Baca juga, BPR 2021: Download & Isi Borang Permohonan Online
Perlaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) teleh memberi kesan kepada pendapatan rakyat Malaysia. Ramai perniaagan di tutup dan pekerja terpaksa bekerja dari rumah ataupun diberhentikan disebabkan keuntungan perniagaan berkurang atau tidak dapat menampung gaji pekerja yang sedia ada.
Oleh yang demikian, kerajaan telah mengambil tindakan atau keputusan untuk memberi Pakej Bantuan Khas yang diumumkan oleh Perdana Menteri Iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Antara bantuan yang di umumkan ialah :
- Kerajaan tandatangani tiga perjanjian dengan syarikat pengeluar vaksin, bekalan vaksin pertama dijangka diterima penghujung Februari
- Pemberian sekaligus RM500 kepada semua petugas barisan hadapan kesihatan, RM300 rkepada petugas barisan hadapan lain mula dibayar pada suku tahun pertama tahun ini
- Moratorium, termasuk lanjutan moratorium, dan pengurangan ansuran pinjaman akan ditawarkan oleh bank- bank, seperti yang diumumkan sebelum ini
- iSinar – Setakat 13 Januari, lebih 3 juta permohonan telah diluluskan dengan jumlah RM24 bilion akan disalurkan pada tahun ini
- JKM akan laksana Program Bakul Makanan bernilai RM100 ringgit bagi setiap isi rumah yang layak
- Bayaran fasa terakhir BPN 2.0 akan dipercepatkan iaitu mulai 21 Jan
- PTPTN: Mereka terjejas boleh memohon moratorium bayaran balik pinjaman selama tiga bulan sehingga 31 Mac
- Bantuan sekaligus RM500 kepada pemandu pelancong, pemandu teksi serta pemandu bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing