Penjelasan Terperinci Pembayaran INTERIM RM 1000 i-Sinar Kategori 2 Oleh KWSP

Ramai yang keliru berkaitan PEMBAYARAN INTERIM SEHINGGA RM1,000 BAGI KEMUDAHAN i-SINAR KATEGORI 2, Oleh itu, KWSP telah mengeluarkan penjelasan yang lebih terperinci berkaitan perkara ini.

Berikut adalah penjelasan berkaitan pembayaran interim :

KUALA LUMPUR, 18 Januari 2021: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa ahli yang memohon kemudahan i-Sinar di bawah Kategori 2 akan menerima pembayaran interim sehingga RM1,000 daripada jumlah keseluruhan yang dimohon, mulai 26 Januari 2021.

Pembayaran interim tersebut adalah bertujuan membantu mengurangkan beban kewangan ahli yang terkesan akibat peningkatan jumlah kes COVID-19 serta bencana banjir yang berlaku di beberapa negeri di Malaysia. Ianya juga adalah untuk membantu ahli memenuhi keperluan asas, sementara permohonan mereka menjalani proses kelulusan oleh KWSP.

Untuk mempercepat dan mempermudahkan pembayaran wang interim tersebut, KWSP hanya memerlukan ahli membuat pengisytiharan kendiri dan memuat naik dokumen sokongan di laman i-Sinar Online (isinar.kwsp.gov.my). Proses ini diperlukan untuk melindungi simpanan ahli daripada sebarang penipuan atau aktiviti scam.

Bagi mereka yang sudah memuat naik dokumen sokongan mereka, pembayaran interim ini akan bermula dari 26 Januari 2021, sementara untuk permohonan baharu yang masih belum memuat naikkan dokumen sokongan yang relevan, pembayaran interim akan diproses dalam masa tujuh (7) hari dari tarikh permohonan diterima.

Setelah permohonan ahli disahkan dan diluluskan, KWSP akan meneruskan pembayaran amaun seperti yang dimohon, setelah ditolak amaun pembayaran interim tersebut. Sekiranya pengisytiharan kendiri didapati tidak benar atau tidak disokong oleh dokumen yang telah dimuat naik, KWSP berhak menghentikan pembayaran seterusnya.

Contoh Situasi Fatimah:

Fatimah mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan memohon untuk membuat pengeluaran sehingga RM10,000* dan memilih RM5,000 sebagai pembayaran pertama. Berikutan pelaksanaan pembayaran interim, jadual pembayaran bagi permohonan Fatimah adalah seperti berikut:

Contoh Situasi Ali:

Ali mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan memohon untuk membuat pengeluaran sebanyak RM700. Baki Akaun 1 Ali hanya RM800. Berikutan pelaksanaan pembayaran interim, jadual pembayaran bagi permohonan Ali adalah seperti berikut: