Tahukah anda pencarum KWSP yang beragama Islam perlu membuat bayaran Zakat KWSP dan ianya diwajibkan sekiranya memenuhi syarat-syarat yang dikenakan kerana konsepnya sama seperti wang simpanan.
Zakat KWSP merupakan salah satu zakat yang dikenakan kepada pencarum apabila simpanan KWSP dikeluarkan dan cukup nisab.
Baca juga, Cara Mudah Bayar Zakat Melalui MAYBANK2U
Jenis Zakat KWSP
Terdapat dua pandangan berkenaan zakat bagi KWSP.
- Sebelum mencapai umur 55 tahun (pemilikan belum sempurna)
- 2.5% dari jumlah pengeluaran KWSP adalah jumlah wajib zakat. Jumlah pengeluaran tidak mengira samada mencapai nisab.Jika jumlah pengeluaran KWSP dibawah nisab,hendaklah dicampurkan bersama pendapatan lain
- Setelah mencapai umur 55 tahun (pemilikan sempurna
- 2.5% atas keseluruhan wang KWSP dizakatkan seperti kaedah zakat simpanan. Dengan itu, tiada lagi tolakan caruman KWSP pada taksiran zakat pendapatan untuk yang masih bekerja dan membuat caruman KWSP
Persoalannya, adakah mereka yang membuat pengeluaran KWSP melalui i-Sinar juga dikenakan zakat?
Memandangkan pengeluaran yang dibuat adalah berasaskan keperluan di masa penularan wabak COVID-19 di negara kita.
Bagi menjawab persoalan tersebut, sila baca tulisan dibawah.
ASAS PENGELUARAN KWSP MELALUI i-SINAR
Asasnya bagi pengeluaran KWSP melalui i-Lestari dan i-Sinar:
- Bila keluarkan duit KWSP, secara automatik ia akan menjadi sebahagian dari pendapatan kita
- Jadi kena campur duit KWSP itu dengan pendapatan tahunan kita yang lain. Ini dalam keadaan normal biasa
Jika simpanan KWSP yang dikeluarkan itu di simpan selama SETAHUN dan CUKUP HAUL, maka ia akan dikenakan sekali lagi sebagai zakat simpanan.
Namun menurut Fatwa 2017 di Selangor, duit keluar KWSP tidak perlu tunggu setahun. Ia wajib dikeluarkan zakat 2.5% semasa pengeluaran KWSP dibuat. Dan ianya tiada syarat Haul.
Baca juga, i-SINAR: Sebab Kenapa KWSP Tidak Meluluskan Secara Automatik Penerima i-Lestari
ADAKAH PENGELUARAN i-SINAR DIKENAKAN ZAKAT?
Berbalik kepada persoalan diatas, sila semak jawapan dibawah ini.
JAWAPAN:
Namun jika pengeluaran bukan terdesak seperti i-Lestari RM500 sebulan ketika mereka ada pendapatan lain, maka mereka ini WAJIB dikeluarkan zakat. Walaupun pengeluaran itu di bawah Nisab (RM18,500).
Nisab Tahun 2020 : RM13 000.00
Encik Ali berumur 35 tahun mengeluarkan wang caruman KWSP sebanyak RM20,000 daripada Skim Pengeluaran i-SINAR. Jumlah zakat yang dikenakan : RM20,000 X 2.5% = RM500.00
Semoga bermanfaat!