Berikut kenyataan terbaru Mantan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Najib Bin Razak :
UPDATE pengeluaran akaun 1 KWSP dan lanjutan moratorium pinjaman secara automatik dan secara pukal.
Saya telah berbahas dalam parlimen dan membuat beberapa posting dalam FB untuk menjelaskan secara terperinci berhubung dua keperluan Rakyat ini.
Saya juga telah bertemu dan berbincang one-to-one dengan Menteri Kewangan PN pada awal minggu ini untuk menyampaikan hasrat Rakyat dan mengariskan langkah-langkah bagaimana kedua kehendak ini boleh dilaksanakan tanpa memberi impak besar kepada simpanan masa tua pencarum, bank-bank, bajet atau kewangan kerajaan dan kenapa ianya mampu menyelamatkan ekonomi negara.
Dan seperti didedahkan oleh presiden UMNO dalam perbahasannya semalam, Menteri Kewangan juga telah berdialog dengan pengurusan KWSP pada hari Rabu agar beberapa pengubahsuain boleh dilakukan supaya ianya tidak lagi bersyarat dan tersalah sasar.
Secara jujur, BN telah menggunakan segala saluran sedia ada untuk menegaskan kenapa kedua-dua keperluan ini perlu ditambah baik dan dilaksanakan dengan serta-merta seiring dengan hasrat Rakyat.
Soal nak buat atau tidak kini berada dalam tangan pemimpin tertinggi kerajaan PN maka terpulanglah kepada mereka.
Hendak Seribu Daya Tak Hendak Seribu Dalih (termasuk infografik-infografik dan syarat-syarat tak masuk akal).
Sumber : FB Najib Razak