Penangguhan pengambilan latihan separa perubatan bagi sesi julai 2020 ke sesi januari 2021

Penangguhan pengambilan latihan separa perubatan bagi sesi julai 2020 ke sesi januari 2021

1. Selaras dengan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan dan atas keputusan
yang diterima daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) ingin memaklumkan
bahawa semua urusan pengambilan pelatih bagi Latihan Separa Perubatan
Sesi Julai 2020 adalah DITANGGUHKAN ke Sesi Januari 2021.

2. Calon-calon Jururawat (PSL) Zon Sabah dan Sarawak yang telah menjalani
temu duga dan berjaya, turut akan ditawarkan latihan pada Sesi Januari
2021.

3. Manakala, calon-calon yang terlibat dengan penangguhan urusan
peperiksaan online dan urusan temu duga, jadual tarikh peperiksaan online
baharu dan tarikh urusan temu duga baharu akan dimaklumkan kepada
calon melalui e-mel. Selain itu, calon juga boleh menyemak urusan
berkenaan melalui Portal dan FB SPA.

Sekian untuk makluman

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
31 MAC 2020

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *