Baru-baru ini, kerajaan Malaysia telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di 6 buah negeri iaitu Pulau Pinang, Sabah, Johor, Melaka, Wilayah Persekutuan dan Selangor serta Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri-negeri lain.
Ia berikutan penularan wabak COVID-19 yang lihat semakin meningkat di negara ini sehingga mencecah jumlah harian melebihi tiga angka.
Artikel lain, [Rasmi] Tarikh Bayaran Fasa Kedua BPN 2.0 Dibayar Bermula 21 Januari 2021
Walaubagaimanapun, bagi mana-mana individu yang ingin melakukan pergerakan rentas negeri atau daerah sepanjang tempoh PKP & PKPB mulai 13 hingga 26 Januari 2021, anda dikehendaki mengisi Borang Permit Pergerakan PKP atau Borang Permit Pergerakan PKPB untuk mendapatkan kebenaran daripada pihak polis sebelum melakukan pergerakan.
Borang kebenaran boleh dimuat turun melalui pautan berikut:
Permohonan Kebenaran Pergerakan
Ikuti langkah-langkah berikut bagi urusan permohonan kebenaran pergerakan:
- Memuat turun Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) (mengikut pelaksanaan perintah pergerakan di negeri masing-masing)
- Mengisi borang dengan lengkap dalam dua (2) salinan
- Menghantar dua (2) borang yang telah lengkap di balai polis untuk proses kelulusan.