Program ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.
Cara Permohonan RMR :
1. Pergi ke laman web SPNB : https://spnb.com.my/rumah-mesra-rakyat-rmr/?lang=en
2. Log masuk ke dalam sistem dengan menggunakan alamat penuh email pendaftaran anda sebagai ID Pengguna.
Sekiranya anda terlupa atau hilang kata laluan, klik pada pautan “Lupa Kata Laluan?”.
Masukkan alamat email pendaftaran anda ke dalam ruang yang disediakan dan klik “Hantar Login”. Kata laluan akan dihantar semula kepada email anda.
Jika anda sudah pernah buat pendaftaran sebelum ni jika tidak, tekan permohonan baru. Pilih Negeri, Parlimen dan Masukkan No Kad Pengenalan.
3. Gunakan kata laluan yang telah diemailkan kepada anda semasa buat pendaftaran.
4. Selepas login, anda boleh mengisi borang permohonan rumah mesra rakyat (RMR) secara online terus.
Senarai Dokumen Yang Perlu Disediakan :
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan.
- Salinan kad pengenalan tuan tanah
- Salinan kad pengenalan pemohon kedua/bersama
- Salinan geran hak milik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru.
- Slip gaji terkini / surat akuan sumpah pendapatan/ surat pengesahan pendatapan ( disahkan ketua kampung atau penghulu.
- Surat akaun sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang (disahkan ketua kampung atau penghulu.
- Surat akaun kebenaran pelepasan tuan tanah.
- Salinan sijil nikah pemohon ( jika berkahwin)
- Borang laporan tapak atau yang ingin dibangunkan rumah.
Untuk Info yang lebih lengkap mengenai cara mengisi permohonan secara online, Tekan Link tersebut : Manual Pengguna
Baca juga : panduan-memohon-bantuan-rm-480-untuk-suri-rumah-i-suri