Pengenalan :
Bantuan Kerajaan Negeri Sabah ini adalah satu pakej bantuan untuk meringankan beban usahawan mikro dan kotej yang terjejas kesan daripada pandemik Covid-19.
Jenis & Jumlah Bantuan :
Bantuan ini adalah bayaran tunai RM300 secara one-off kepada usahawan mikro dan kotej yang layak.
Kaedah Pembayaran :
Bayaran terus ke akaun bank peribadi usahawan yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Bantuan Prihatin Covid-19 2.0. Sila pastikan bahawa akaun bank yang dikemukakan adalah masih aktif.
Syarat-syarat Permohonan :
- Usahawan mikro dan kotej dengan jumlah jualan tahunan tidak melebihi RM50,000.
- Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia berasal dari Sabah dan beroperasi di Sabah.
- Bantuan ini khusus untuk usahawan Mikro dan Kotej yang sudah beroperasi dan sedang menghasilkan produk sahaja.
- Mempunyai Lesen Perniagaan yang sah.
- Mengisi dengan lengkap borang permohonan Bantuan Prihatin Covid-19 2.0 2021 secara atas talian sahaja.
- Keutamaan adalah diberi kepada usahawan mikro dan kotej yang belum pernah mendapat bantuan dari mana-mana kementerian, jabatan dan agensi dan yang belum pernah mendapat
- Bantuan IKS (BAIKS) dan Bantuan SND UMC 2020.
- Permohonan daripada kategori perkhidmatan, profesional, kontraktor dan ahli-ahli koperasi yang menggunakan lesen koperasi adalah tidak diterima,
- Sebarang maklumat palsu yang diterima daripada pemohon akan ditolak serta merta.
- Bantuan ini tidak merangkumi kategori penjaja, perkhidmatan, pelancongan, petani, penternak dan nelayan.
- Menyertakan dokumen sokongan berikut :
a. Salinan kad pengenalan
b. Salinan lesen perniagaan yang sah
c. Gambar premis perniagaan dan produk bersama pemilik
Disclaimer / Penafian :
- Segala keputusan Jawatankuasa Bantuan Prihatin Covid-19 2.0 Mikro dan Kotej Sabah adalah MUKTAMAD.
- Pihak DIDR TIDAK PERNAH melantik agen atau wakil untuk mengurus permohonan bantuan ini.
Peringatan!!
Sila ambil perhatian bahawa akaun-akaun bank yang tersenarai di bawah adalah TIDAK diterima :
a. Tabung Haji
b. ASB
c. Bank Muamalat
d. Akaun bersama
e. Akaun Syarikat
f. Akaun Sijil Simpanan Premium (SSP)
Cara Permohonan :
Permohonan bantuan ini adalah secara atas talian sahaja.
Klik Link Tersebut : BORANG PERMOHONAN BANTUAN PRIHATIN Covid-19 2.0