Panduan Memohon Bantuan RM 480 Untuk Suri Rumah (i-SURI)

Pengenalan

Pelaksanaan Skim KWSP Untuk Suri Rumah (i-SURI) diperkenalkan bagi mewujudkan jaringan sosial dan seterusnya memperkasa hak wanita dan mengiktiraf kepentingan peranan kaum hawa.

Kumpulan sasar yang akan mendapat manfaat di bawah skim ini adalah semua yang merupakan suri rumah kepada Ketua Isi Rumah , Ketua Isi Rumah dalam kalangan ibu tunggal, balu dan wanita belum berkahwin yang berdaftar dalam Sistem e-Kasih kendalian Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri.

 

Baca juga, Cara Mohon Bantuan Kanak-Kanak Sehingga RM 1000 Sebulan 2021

Objektif

  • Perlindungan Kewangan Untuk Suri Rumah
  • Memastikan kesejahteraan mereka pada masa hadapan



Faedah

  • Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM480 /setahun
  • Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
  • Bantuan Kematian: RM2,500
  • Menerima dividen tahunan KWSP

Siapa Yang Boleh Mencarum

  1. Diri Sendiri (Isteri)
  2. Suami Kepada Pasangan Yang Layak

Syarat Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia
  2. Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2020
  3. Belum mencapai umur 60 tahun
  4. Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP
  5. Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR)

Cara Dan Saluran Bayaran

Had Bayaran

  1. Tiada Had
  2. RM60,000 setahun untuk semua Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri, i-Saraan, i-Suri, Caruman Simpanan Tambahan – berkuat kuasa Januari 2013)



Cara Mohon i-Suri KWSP

Jika anda merupakan individu yang layak, boleh buat permohonan atau pendaftaran ahli KWSP/i-Suri di mana-mana kaunter KWSP berdekatan.

Nak bawa apa masa pergi daftar?

  1. Mykad
  2. Borang :
    1. i-Suri : KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
    2. i-Suri : KWSP 6A (2) (Semasa pembayaran)

Berminat dapatkan info menarik? Join grup Telegram kami.