Tujuan :
Membantu asnaf menjalani kehidupan dengan baik dan sempurna dengan mendiami rumah yang selamat dan selesa.
Syarat Kelayakan :
- Beragama Islam
- Warganegara Malaysia
- Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
- Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah (Kira kelayakan Had al-Kifayah)
Dokumen Yang Diperlukan :
- Borang permohonan
- Satu keping gambar pemohon berwarna berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan)
- Satu salinan kad pengenalan:
- Pemohon
- Suami
- Isteri
- Anak-anak (tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja). Bagi anak angkat perlu disertakan bersama dengan surat pengangkatan Jabatan Pendaftaran Negara atau disertakan bersama akuan sumpah penjagaan. [ Contoh Surat Akuan Sumpah Penjagaan ]
- Satu salinan penyata gaji / pencen / PERKESO . Bagi yang tiada slip gaji, perlu mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri yang dikeluarkan oleh Pesuruhajaya Sumpah. [ Contoh Surat Akuan Sumpah Pendapatan ]
- *Bagi di Labuan, pemohon yang tiada slip gaji perlu mendapatkan surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung
- Satu salinan surat tawaran menyewa rumah dari agensi berkaitan (contoh : DBKL,Perbadanan Labuan,Perbadanan Putrajaya dan lain-lain),
- Satu salinan kad pengenalan pemilik rumah (permohonan sewaan individu),
- Satu salinan surat penjanjian sewaan (permohonan sewaan individu),
- Satu salinan penyata akaun / surat pengesahan akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang menunjukkan maklumat pemilik rumah dan transaksi terakhir / terkini.
Lain-Lain Dokumen Sekiranya Diperlukan Berkaitan Dengan Permohonan :
- Keluarga bercerai : Satu salinan surat perakuan cerai / prosiding mahkamah terkini / pengesahan masalah keluarga dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terkini.
- Ahli keluarga telah meninggal dunia : Satu salinan sijil kematian ibu / bapa / suami / isteri.
- Saudara baru : Satu salinan kad memeluk Islam.
- Orang Kelainan Upaya. : Salinan kad orang kelainan upaya (OKU).
- Pengidap sakit kronik : Surat pengesahan sakit kronik dari hospital kerajaan sahaja.
- Sedang mengikuti pengajian di IPT : Satu salinan pengesahan pengajian / kad pelajar / surat tawaran belajar.
- Keluarga bermasalah : Satu salinan laporan polis/ surat penjara.
- Muflis : Satu salinan surat pengesahan bankrupsi dari Syarikat Insolvensi.
Permohonan Perlu Dihantar ke :
Borang permohonan yang telah siap diisi dan disertakan dengan dokumen yang diperlukan, boleh dihantar dengan hadir sendiri ke kaunter –kaunter Baitulmal MAIWP.
Berikut adalah senarai kaunter MAIWP
Maklumat Lanjut :