Pakej Bantuan Covid 19 Untuk Negeri Sabah

Kerajaan Negeri Sabah telah mengumumkan Pakej Bantuan Covid 19 Sabah. Pemberian Khas secara One-Off sebanyak RM 300.00 kepada golongan B40. Ramai rakyat Sabah yang belum mendapatkan bantuan ini disebabkan segelintir  rakyat Sabah masih tidak mengetahui cara pengisian maklumat ini terutamanya kepada golongan yang berumur.

Bantuan bayaran One-off RM 300.00 dari Kerajaan Negeri Sabah hanya untuk golongan B40 seperti yang berikut :

  1. Anak-anak Sabah yang bekerja di semenanjung Malaysia.
  2. Pemandu-pemandu teksi, bas, lori dan kereta sewa.
  3. Petani, pekebun-pekebun kecil, penternak dan nelayan.
  4. Porter dan Malim Gunung.
  5. Freelance Tour Guide.
  6. Warga Tua, Anak Yatim/Piatu dan OKU.
*Cara Pemeriksaan atau permohonan baru bagi kategori di atas boleh dibuat melalui link tersebut:
Jika membuat permohonan baru, selepas isi maklumat diri, pendapatan dan akaun bank, anda dikehendaki untuk lampirkan sekali Mykad dan maklumat No. akaun/buku.
Semoga maklumat ini dapat memudahkan dan membantu anda dalam proses permohonan bantuan Covid 19 Sabah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *