Orang Melayu mengamuk dengan JAKEL Apa puncanya? – Bicara Sensasi

Kecoh sejak semalam
Orang Melayu mengamuk dengan JAKEL
Apa puncanya?
Begini ceritanyaaaaa….

1. Muzaffar Jakel memuat naik status di Instagram bahawa syarikat Jakel akan mula beroperasi Isnin 4 Mei ini
Muzaffar ialah anak bongsu dalam legasi keluarga pengasas Jakel.

2. Netizen memberi reaksi balas menyatakan rasa bimbang dan tidak senang kerana wabak Covid19 masih belum pulih
Membuka operasi Jakel bermakna rakyat khususnya orang2 Melayu akan berpusu2 membeli persiaan untuk Aidilfitri dan sekaligus meningkatkan risiko jangkitan.

3. Muzaffar bengang dengan reaksi netizen dan menyatakan kejengkelan kerana SOP cegah jangkitan telah disediakan oleh pihak Jakel.
Muzaffar memuat naik satu lagi status mengecam orang2 Melayu yg diandaikan tidak mahu memahami SOP walaupun disiarkan dalam Bahasa Melayu.

4. Netizen tersinggung dan menganggap Muzaffar tidak seharusnya mengecam orang2 Melayu kerana orang2 Melayu merupakan pelanggan majoriti dalam perniagaan Jakel sehingga Jakel mencipta empayar tekstil dalam negara.
Netizen bertindak ‘menyerang’ akaun instagram dan laman facebook Muzaffar sehingga memaksa Muzaffar meminta maaf dan menyatakan bahawa dia bukan pemilik Jakel Trading tetapi hanyalah pekerja kepada syarikat abangnya.

Demikianlah ceritanyaaaaa…
Buat Muzaffar, semoga ianya dapat dijadikan pengajaran.
Terlajak motorbot boleh diundur, terlajak kata business binasa.

Sekian. Mekaseeeyyyyyy
🙄🙄🙄🙄🙄🙄🙄🙄🙄

Sumber : FB Zaini ll

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *