Najib Razak- Simpulkan Mengapa Kerajaan Perlu Meluluskan Cadangan Pengeluaran Akaun 1 (KWSP)

 

Najib Razak merupakan mantan Perdana Menteri Malaysia. Sudah pasti dia mengtahui tentang KWSP.

Saya simpulkan isu pengeluaran akaun 1 KWSP.

1. Kerajaan serta KWSP ada ruang aliran tunai untuk benarkan pengeluaran sehingga RM10k dari akaun 1 untuk pencarum paling terdesak.
Ini wang milik Rakyat dan KWSP ditubuhkan untuk menjaga Rakyat.
Sebab itu, Rakyat ada hak untuk gunakan sebahagian wang ini pada masa mereka paling terdesak.
2. Wang yang dikeluarkan pada masa terdesak ini boleh dipulihkan pada masa depan bila krisis Covid berlalu dan ekonomi bertambah baik.
Tiada siapa yang kata wang yang dikeluarkan hari ini pada masa kadar dividen KWSP tak dijangka tinggi tidak boleh dimasukkan kembali setahun atau dua tahun kemudian.
3. Dua cara untuk pulihkan simpanan pencarum termasuk:
– menaikkan semula kadar caruman KWSP majikan dan ahli yang telah diturunkan pada awal tahun ini.
– kerajaan memberi projek-projek lumayan kepada KWSP untuk menjana lebih keuntungan.
4. Jika dibenarkan, wang yang dikeluarkan pada masa ini akan merancakkan kitaran wang ekonomi tempatan pada ketika ekonomi lembab akibat Covid. Akhirnya balik kepada kerajaan melalui pelbagai cukai juga.
Fb : Najib Razak
Semoga cadangan ini, diluluskan oleh kerajaan kerana ia memberi sedikit penyelesaian kepada rakyat Malaysia yang mempunyai masalah kewangan disebabkan pandemik Covid 19 yang melanda di negara ini.
Sekian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *